Kuda Cedera Namibia Pilihan Tok Gajah?

Ketika bahang mentari kepanasan dirasai sewaktu menjalani ibadah puasa tahun ini, hangat lagi saluran media sosial penyokong Pahang, apabila dikatakan dalam diam menandatangani bekas penyerang antarabangsa Namibia dan Kelantan, Lazarus Kaimbi. Beliau pada mulanya menyertai Kelantan pada pertengahan musim lalu, namun digugurkan hanya selepas beraksi dalam satu perlawanan Liga Super. Kaimbi telah mengalami putus urat…

Shopee Piala FA 2019 : Pahang Bangkit Untuk Ke Separuh Akhir

Pahang melunaskan janji mereka apabila bangkit dengan kemenangan besar 4-0 menumpaskan Terengganu FC di Stadium DarulMakmur malam tadi sekali gus mara ke separuh akhir Shopee Piala FA buat kali ketiga berturut-turut dengan aggregat 5-2. Pahang mendahului seawal minit ke-6 melalui Faisal Halim yang bijak menampan masuk bola muntah daripada tepisan Suffian Abdul Rahman, hasil rembatan…

Dollah Gembira Pahang Kembali Ke Landasan Tepat

Selepas keciciran mata di gelanggang sendiri sewaktu menentang PJ City tempoh hari, Dollah Salleh akhirnya menarik nafas lega selepas berjaya menewaskan PKNS di Shah Alam malam tadi. Barisan serangan Pahang yang diperkuatkan semula dengan kehadiran orang besi, Dickson Nwakaeme, membolehkan gandingan 9-10-11 (Mat Yo-Dickson-Ze Love) kembali membarisi kesebelasan utama. Deretan percubaan Pahang berjaya dihasilkan mengatasi…

Zuhair Gembira Sumbang 3 Mata Berharga.

Zuhair Aizat merupakan individu yang paling gembira apabila berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan ketika Pahang menewaskan Kedah 1-0. Jaringan beliau pada minit ke 85 yang terbias Khairul Helmi sudah cukup untuk Pahang menamatkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah pada musim ini. Beliau yang di temui selepas perlawanan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih,…

Dollah Gembira Dengan Prestasi Pemain

Kehilangan beberapa tonggak, Pahang masih mampu beraksi cemerlang apabila membenam PKNP 3-0 di Stadium MP Manjung malam tadi. Gol Pahang telah dijaringkan oleh Ze Love, Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha. Barisan pertahanan pula yang kehilangan gandingan Goulon-Muslim kental bertahan segala asakan PKNP dan berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ kedua musim ini. Ketika mengulas kemenangan Pahang,…

Pahang Temui Cinta Dengan Pemenang Copa Libetadores?

Selepas mengesahkan kedatangan semula Dickson Nwakaeme untuk memperkuatkan pasukan bagi musim 2019, Pahang membawa masuk pula seorang penyerang Brazil yang juga pemenang Copa Libetadores 2011 bersama Santos, iaitu Jose Eduardo Bischofe de Almeida, atau lebih dikenali sebagai Ze Eduardo. Memulakan karier profesional bersama Palmeiras, Ze Eduardo mula digelar ‘Ze Love’ (God of Goalscorer), apabila disamakan…

Pahang sasar 3 piala

Musim 2019 bakal bermula 1 Februari ini apabila pasukan Pahang bakal memulakan kempen Liga Super 2019 dengan bertandang ke Stadium KLFA di Cheras untuk menentang Kuala Lumpur. Ketika di temui oleh wakil TokGajah.com, pengurus pasukan Pahang, Dato’ Suffian Awang menjelaskan, sasaran yang di tetapkan oleh pengurusan Pahang adalah untuk menjuarai tiga piala musim ini (Juara…

Mat Don & Sumareh : Selepas Hujan, Munculnya Pelangi

Pahang telah sah memiliki tambahan 2 pemain import iaitu Saddil Ramdani dan Herald Goulon, menjadikan jumlah kesemuanya 4 pemain termasuk Safuwan Baharuddin dan Mamadou Sumareh yang dikekalkan dari musim sebelumnya. Bagi melengkapkan kuota 5 pemain import, Pahang dikhabarkan pantas menyambar Liridon Krasniqi, bekas arkitek Kedah yang pernah membantu Kedah meraih Piala Sumbangsih dan Piala FA.…

Umbro taja pasukan Pahang

Al-Ikhsan Sports telah mengadakan sebuah majlis menandatangani perjanjian untuk penajaan pasukan Pahang selama 2 musim menerusi jenama Umbro di Football Republic, Suria KLCC sebentar tadi. Al-Ikhsan Sports merupakan pemegang lesen pengedaran dan pembuatan bagi jenama Umbro di Malaysia bermula 2017. Jenama Umbro akan digunakan oleh pasukan Pahang FA bagi dua musim akan datang (2019 &…