Kuda Cedera Namibia Pilihan Tok Gajah?

Ketika bahang mentari kepanasan dirasai sewaktu menjalani ibadah puasa tahun ini, hangat lagi saluran media sosial penyokong Pahang, apabila dikatakan dalam diam menandatangani bekas penyerang antarabangsa Namibia dan Kelantan, Lazarus Kaimbi. Beliau pada mulanya menyertai Kelantan pada pertengahan musim lalu, namun digugurkan hanya selepas beraksi dalam satu perlawanan Liga Super. Kaimbi telah mengalami putus urat…

5 Hari Yang Memeritkan, Piala FA atau Liga Super?

Ketinggalan 1-2 selepas kecundang di Kuala Terengganu, jaringan tempat lawan Ze Love begitu berharga buat Tok Gajah untuk menjadi bekalan di DarulMakmur pada Jumaat. Pasca kekalahan itu, berselang 3 hari, Pahang ditundukkan pula oleh pendatang baru Liga Super, PJ City di Petaling Jaya tanpa melawan, seterusnya membenarkan JDT gah mendahului carta liga dengan kelebihan 5…

“Clash of the Title” : Misi Mesti Menang!

JDT. Siapa tidak kenal dengan juara Liga Super Malaysia 5 tahun berturut-turut sejak musim 2014, pasukan yang menghimpunkan pemain bintang dalam dan luar negara, selain pernah mengucup trofi Piala AFC serta kini beraksi di Liga Juara-Juara Asia. Mana-mana pasukan yang bertemu dengan skuad Harimau Selatan pastinya memasang impian menggunung untuk menumbangkannya. Bermula musim 2013, pasukan…

Perak-Pahang : Pertembungan 2 ‘Otai’ Liga Super

Sejarah Pertemuan Sejak diperkenalkan pada 2004, Pahang dan Perak muncul 2 pasukan paling banyak membuat penampilan di Liga Super Malaysia, dengan Perak tidak pernah diturunkan pangkat ke Liga Perdana, manakala Pahang pernah merasai ‘derita’ relagasi hanya semusim iaitu pada 2012. Maka dengan 16 (Perak) dan 15 (Pahang) musim penampilan Liga Super, membolehkan perlawanan kedua-dua pasukan…

Dollah Gembira Pahang Kembali Ke Landasan Tepat

Selepas keciciran mata di gelanggang sendiri sewaktu menentang PJ City tempoh hari, Dollah Salleh akhirnya menarik nafas lega selepas berjaya menewaskan PKNS di Shah Alam malam tadi. Barisan serangan Pahang yang diperkuatkan semula dengan kehadiran orang besi, Dickson Nwakaeme, membolehkan gandingan 9-10-11 (Mat Yo-Dickson-Ze Love) kembali membarisi kesebelasan utama. Deretan percubaan Pahang berjaya dihasilkan mengatasi…

Peluang Pahang Cipta Kemenangan Sulung di STAR, Jengka

Stadium Tun Razak (STAR), Jengka mula menjadi gelanggang rasmi pasukan Felda United bagi saingan Liga Malaysia bermula pada 2016. Menggunakan rumput tiruan pastinya mendatangkan masalah buat pasukan lawan untuk mencipta sebarang keputusan positif ketika beraksi di sana. Begitu juga buat pasukan Pahang, Tok Gajah tidak pernah berjaya mengelak daripada mengalami kekalahan ketika beraksi di sana.…

Zuhair Gembira Sumbang 3 Mata Berharga.

Zuhair Aizat merupakan individu yang paling gembira apabila berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan ketika Pahang menewaskan Kedah 1-0. Jaringan beliau pada minit ke 85 yang terbias Khairul Helmi sudah cukup untuk Pahang menamatkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah pada musim ini. Beliau yang di temui selepas perlawanan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih,…

Dollah Gembira Dengan Prestasi Pemain

Kehilangan beberapa tonggak, Pahang masih mampu beraksi cemerlang apabila membenam PKNP 3-0 di Stadium MP Manjung malam tadi. Gol Pahang telah dijaringkan oleh Ze Love, Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha. Barisan pertahanan pula yang kehilangan gandingan Goulon-Muslim kental bertahan segala asakan PKNP dan berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ kedua musim ini. Ketika mengulas kemenangan Pahang,…