Liga M5 iaitu liga bolasepak amatur bagi negeri Pahang menerima suntikan semangat apabila The Boom Beverage Sdn Bhd setuju menjadi penaja utama bagi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

The Boom Beverage sebuah syarikat bumiputra yang berpengkalan di Petaling Jaya merupakan pengeluar produk minuman terkenal Hausboom akan memperkenalkan produk minuman isotonik mereka BOOM+ ke dalam Liga Amatur Pahang sebagai nama kejohanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif The Boom Beverage, Azri Zahier Azmi pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan Liga Amatur Pahang.

Sukan bola sepak adalah sukan nombor satu di negara ini dan ia bukan sahaja menjadi sukan tempatan yang paling popular, tetapi menyediakan peluang strategik untuk mempromosikan produk terbaru kami ke pasaran di seluruh Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif The Boom Beverage, Azri Zahier Azmi

Pengarah Liga Amatur Pahang, Adib Qushairi pula gembira dengan tajaan ini dan menganggap liga amatur mampu juga menarik perhatian syarikat swasta untuk turut menyumbang.

Kami di Liga Amatur Pahang (PAL) mengalu-alukan The Boom Beverage untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar PAL.

Bersesuaian dengan bolasepak yang sememangnya memerlukan air minuman isotonik, penajaan ini datang tepat pada masanya.

Harapan saya agar akan lebih ramai syarikat korporat akan sudi menaja kami kerana sukan bolasepak sememangnya mempunyai peminat yang besar dan pasti akan memberi impak pada penaja.

Pengarah Liga Amatur Pahang, Adib Qushairi

BOOM+ adalah produk terbaru daripada The Boom Beverage yang merupakan minuman isotonik yang mengandungi vitamin C yang sesuai untuk diambil oleh atlit seperti pemain bolasepak.

Mempunyai 4 perasa iaitu Tembikan Laici, Pic Putih, Lemon dan juga Oren boleh akan membekalkan tenaga tambahan kepada atlit ketika melakukan aktiviti.

Produk ini boleh didapati di semua rangkaian 7 Eleven, stesen minyak dan pasaraya terpilih.


Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: