Menjelang perlawanan suku akhir Al Ikhsan Cup pada Sabtu, Ketua Jurulatih YPM FC; Syed Farul Hakim bin Syed Mahmud tidak mahu anak buahnya memandang enteng perlawanan itu dan sentiasa menganggap seperti bermain dalam perlawanan akhir.

Beliau yang menafikan YPM FC merupakan pasukan pilihan tetap mengganggap peluang sama rata antara kedua pasukan walaupun pasukan lawan iaitu JAKIM FC menduduki tangga ketiga kumpulan mereka.

Bermain di halaman sendiri juga menjadi tonik buat mereka untuk dan ini perlu dimanfaatkan oleh para pemain untuk menunjukkan kemampuan mereka kepada penyokong.

Saya tidak menggaggap pasukan kami adalah pasukan pilihan kerana menjuarai liga di zon kami tetapi merasakan kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang kerana JAKIM bukan calang calang pasukan.

Kami masih menjalani latihan seperti biasa dan saya masih mementingkan aspek menyerang dan tidak mengabaikan aspek bertahan dan bagi saya para pemain sudah bersedia untuk perlawanan ini.

Bermain di tempat sendiri juga satu kelebihan dan saya harap ramai penyokong akan hadir kerana sokongan mereka pasti menaikkan semangat kami untuk menggapai kemenangan.

Mengakui tugas sukar buat YPM FC kerana JAKIM FC menyerlah pada 4 perlawanan terakhir liga apabila menang tiga daripadanya dengan jumlah jaringan yang besar.

JAKIM FC juga mempunyai seorang pemain yang harus diberi perhatian iaitu Arisazri Juhari yang juga bekas pemain Liga Super Sri Pahang yang kini mendahului takhta senarai penjaring terbanyak dengan 11 gol.

Percaya pemain-pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal beliau berharap pemainnya lebih fokus untuk melaksanakan apa sahaja taktikal yang diterapkan oleh pihak jurulatih semasa latihan.

Kita juga tidak boleh memandang rendah pasukan lawan yg hadir dgn rekod agak baik pd 4 perlawanan sebelum ini.

Namun pemain-pemain kami telah pun bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan kemenangan menentang JAKIM FC.

YPM FC akan menentang JAKIM FC pada perlawanan suku akhir Al Ikhsan Cup yang akan diadakan pada Sabtu; 9 September 2023 bertempat di Stadium Mini Sekolah Sukan Malaysia, Gambang pada jam 4.15 petang.

Hanya satu perlawanan suku akhir untuk saingan kali ini dan tiada perlawanan timbal balik kedua untuk pusingan kalah mati Al Ikhsan Cup 2023

Masuk adalah percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: