Selepas spekulasi perpindahan Safawi Rasid, Jón Daði Böðvarsson dan Khalifa Issam Allafi ke Darul Makmur tidak menjadi kenyataan, Sri Pahang kini dikhabarkan sah menyambar 2 pemain import baru ke Darul Makmur, menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada hari ini.

2 pemain tersebut ialah, pemain tengah antarabangsa Uzbekistan, Kuvondik Ruziev dan penyerang sayap Brazil, Rafael Feital da Silva.

Ruziev yang berusia 29 tahun, merupakan jeneral tengah kelab Liga Super Uzbekistan, FK Turon pada musim ini, yang menyaksikan beliau telah beraksi 16 perlawanan, berjaya menghasilkan 2 gol dan 2 bantuan gol.

Kali terakhir beliau beraksi adalah pada 3 Julai lalu, beliau beraksi penuh 90 minit ketika pasukannya terikat 1-1 menentang Metallurg Bk.

Ruziev juga merupakan pemain yang masih aktif beraksi bersama skuad kebangsaan Uzbekistan dengan 6 kaps, dan kali terakhir beliau terpilih ialah pada Mac 2020.

Kehadiran Ruziev dijangka bakal memperkuatkan jentera tengah Sri Pahang yang agak bergelut dengan isu kecergasan Azam Azih dan Kevin Ingreso.

Manakala, Rafael pula kini berusia 33 tahun, merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama kelab divisyen 2 Brazil, Ituano tamat pada Jun yang lalu.

Kali terakhir beliau beraksi dalam saingan kompetetif ialah pada Mei yang lalu, beliau beraksi 14 minit selaku pemain gantian ketika menewaskan ABC FC 3-0 dalam perlawanan Serie B Brazil.

Bola sepak nusantara bukanlah sesuatu yang baru buat Rafael, beliau pernah beraksi di 2 musim bersama kelab Liga 1 Indonesia, Barito Putera (2021/22 & 2022/2023), yang menyaksikan beliau merupakan raja di sana, beraksi sebanyak 48 gol, merekodkan 23 gol dan 5 bantuan gol, maka tidak hairanlah, peminat Barito Putera begitu sayangkan beliau.

Rafael juga pernah beraksi di Madura United, sebuah lagi kelab Liga 1 Indonesia, Iraq, Bolivia, China, UAE, Portugal, dan dereten kelab Brazil.

Pengalaman luas Rafael ini diharap mampu mempertajamkan lagi barisan serangan Tok Gajah yang terganggu akibat kecederaan berpanjangan Lucas Silva.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *