Wakil Negeri Pahang di saingan Al Ikhsan Cup 2023, YPM FC terus cemerlang apabila mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan pasukan dari Kelantan, WTS FC dengan keputusan 4-2 di Padang Sekolah Malaysia Pahang pagi semalam.

Perlawanan yang pada asalnya dijadualkan pada petang sabtu terpaksa dihentikan oleh pengadil perlawanan ketika separuh masa kedua akibat cuaca buruk yang boleh membahayakan pemain dan penonton.
YPM FC bermula garang dengan mendominasi permainan pada 30 minit pertama perlawanan menyebabkan pasukan pelawat gagal menyaingi sehinggalah berjaya mendapatkan gol pertama melalui Ilham Yusof yang menanduk sepakan sudut dari Badrul Amin.

Tidak cukup dengan itu, YPM FC terus melancarkan serangan dan kemudian menambah kedudukan kepada 2-0 melalui Che Khairul Syafiq yang melakukan rembatan voli dari luar kotak penalti.
Badrul Amin kemudiannya menambah lagi derita WTS FC apabila menamfaatkan hantaran Faisal Rosli untuk menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama.
Permaianan kemudiannya dihentikan pengadil berikutan hujan lebat dan petir yang melanda kawasan perlawanan sehingga menyebabkan permainan terhenti hampir 1 jam sebelum bersambung kembali untuk 15 minit terakhir.

Rehat yang panjang dan padang yang agak basah telah memperlahankan permainan YPM FC mengakibatkan WTS FC mengambil kesempatan untuk berjaya mencuri satu gol menerusi sepakan percuma yang cantik dari Shafiq Abd Rahman sejurus sebelum tiupan wisel tamat separuh masa pertama.
Berikutan masalah teknikal padang serta cuaca yang tidak mengzinkan, pengadil mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan pada pagi keesokkan harinya untuk baki masa perlawanan.
Berbeza pada separuh masa peetama yang bermain pada Sabtu, WTS FC tampil lebih garang dan bertenaga pada permulaan separuh masa kedua.
Walaubagaimanapun, YPM FC mempunyai peluang untuk menambah jaringan berikutan memperolehi sepakan penalti yang setelah pertahanan pelawat mengasari Hilmi Husaini di dalam kotak penalti namun sepakan penalti tersebut gagal disempurnakan oleh Shahrul Aizad.

Sebaliknya WTS kemudian berjaya merapatkan kedudukan dengan menambah gol ke-2 setelah berlaku kekalutan didalam kotak penalti YPM FC menjadikan menjadikan kedudukan 3-2.
Pemain gantian, Fauzi Roslan kemudian kembali meletakkan YPM FC dua gol bekelebihan setelah berjaya menambah jaringan dalam minit terakhir perlawanan menerusi satu tandukan cantik untuk menjadikan kedudukan 4-2 sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan ini meletakkan YPM FC sebagai pendahulu kumpulan Zon Pantai Timur bagi Al Ikhsan Cup 2023 setelah satu lagi perlawanan antara Real Chukai dan CF Kuantan City berkesudahan dengan seri 1-1.
Perlawanan seterusnya YPM FC adalah menentang UiTM United di Stadum Mini UIA, Kuantan pada 17 Jun 2023 jam 4.45 petang.
Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi YPM FC untuk musim 2023.
Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai YPM FC d laman sesawang kami www.tokgajah.com