Wakil dari daerah Jerantut, FC Jerantut tidak mahu menoleh ke belakang lagi apabila mahu menjadi pencabar liga utama dalam BOOM+ Liga Amatur Pahang 2023 (PAL2023) yang kini sedang rancak berlangsung.

Pasukan yang akan masih segar dengan kejuaraan Liga Empire Booster yang berakhir pada awal bulan Jun lalu di Genting mahu kejuaraan liga ini menjadi keutamaan utama bagi menambah kecemerlangan yang gemilang buat mereka bagi tahun 2023.

Ketua Jurulatih FC Jerantut, Ahmad Nazri Bin Mat Noor mahukan anak-anak buahnya terus mencatat kemenangan apabila telah menang dua perlawanan sebelum ini dalam Liga Temerloh, BOOM+ PAL2023

Alhamdulillah kita menang pada 2 game awal dengan jaringan 2-0 dan 3-1 untuk mengutip enam mata maksimum dan perlawanan hari ini merupakan perlawanan yang ketiga.

Kita mengharapkn kemenangan ke-3 akan muncul namun perlawanan esok akan lebih mencabar dan kompetitif dan ianya baik untuk dua-dua pasukan untuk bersaing menduduki takhta carta liga.

Beliau yang bersikap merendah diri tidak mahu pemainnya leka dan lebih fokus kerana akan menentang pasukan yang kini mendahului Liga Temerloh, Vieura Wagga dan beliau mengetahui pasukan tersebut bukan mudah untuk ditewaskan.

Untuk perlawanan petang esok menentang pasukan yang memimpin kejohanan ini merupakan satu cabaran yang cukup getir bagi FCJ dan game berlangsung di tempat lawan namun

Namun itu lah cabaran yg perlu dilalui dlm mana mana pertandingan persiapan pasukan utk game ini kita akan turun sebagai underdog dan saya harap pemain akan buat sehabis baik seperti yg dirancang.

Ketua Jurulatih FC Jerantut, Ahmad Nazri Bin Mat Noor

Selain daripada perlawanan tumpuan ini yang berlangsung di Padang Tanjung Batu, 3 lagi perlawanan lain turut berlangsung bagi Liga Temerloh iaitu DACS Temerloh FC akan menentang Abata FC dan Semantan Troopers akan menentang Lips Fighter di Padang Bangau Tanjung.

Manakala pada hari semalam FC Temerloh Jaya telah menang menentang Bandar 32 Bera di Padang Tanjung Batu dengan keputusan 3-1.


Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: