Liga Amatur Pahang yang mengisi slot untuk tier M5 untuk negeri Pahang kini rancak berlangsung dalam peringkat kumpulan di tiga zon yang berlainan sejak Mei 2023.

Kejohanan yang melibatkan 20 pasukan amatur di seluruh Pahang itu juga dilihat mendapat perhatian pasukan dari Piala Al Ikhsan yang mengisi slot liga M4 di tier bolasepak negara.

Kedengaran khabar angin dua pemain dari Liga Amatur Pahang kini mendapat perhatian dari satu pasukan di Liga M4 untuk beraksi dengan pasukan mereka di Piala Al Ikhsan 2023.

Salah satu pemain tersebut merupakan seorang pemain berpengalaman dan juga bekas pemain pasukan Pahang dan pernah berkelana di beberapa pasukan di Liga Malaysia.

Mewakili salah satu pasukan di Liga Jengka, pemain ini kini memimpin pasukannya dalam liga dan sudah berjaya menjaringkan satu gol sepanjang kejohanan.

Satu lagi pemain yang mendapat perhatian kelab liga M5 itu adalah merupakan tonggak penting buat pasukannya di Liga Kuantan dan kini merupakan penjaring terbanyak buat pasukannya.

Pemain yang berusia masih muda beraksi di posisi penyerang dan pernah cuba mengikuti pemilihan pasukan Piala Presiden Sri Pahang pada tahun ini tetapi gagal mendapat tempat.

Menurut Pengarah koordinator Liga Amatur Pahang, Faiz Mazlan perkembangan ini sangat menarik kerana ini adalah salah satu tujuan liga ini diadakan iaitu memberi platform dan juga peluang kedua buat pemain yang berbakat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

Satu perkembangan yang menarik buat Liga Amatur Pahang kerana ada pemain yang menarik perhatian pasukan di tier lebih atas untuk dipancing ke dalam pasukan mereka.

Ini adalah salah satu tujuan liga ini diadakan iaitu untuk mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam selain menjadi platform alternatif buat pemain sebagai peluang kedua untuk menunjukkan bakat mereka.

Saya harap lebih ramai pemain akan dicungkil dalam liga ini kerana saya tahu ada yang setara dengan pemain-pemain di tier lebih atas cuma tidak diberi peluang dan pendedahan yang agak sedikit.

Faiz Mazlan, Pengarah koordinator Liga Amatur Pahang

Perpindahan dua pemain ini sedang dilakukan dan dijangkakan akan selesai sebelum pintu perpindahan untuk Piala Al Ikhsan 2023 akan ditutup iaitu pada 1 Ogos 2023

Namun begitu, pasukan barunya mungkin tidak sempat untuk menyenaraikan pemain ini pada perlawanan minggu ke-6 dan hanya dijangka mula beraksi pada minggu ke 7 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: