Shopee Piala FA 2019 : Pahang Bergelut Sebelum Ke Suku Akhir

Gol minit terakhir kapten pasukan, Matthew Davies memastikan juara bertahan, skuad Tok Gajah melangkah ke saingan suku akhir Shopee Piala FA selepas berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar dari saingan Liga Perdana, UKM FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium PBKL Cheras malam tadi menyaksikan UKM FC langsung tidak memberikan laluan mudah buat Pahang…

Details

Dollah Gembira Pahang Kembali Ke Landasan Tepat

Selepas keciciran mata di gelanggang sendiri sewaktu menentang PJ City tempoh hari, Dollah Salleh akhirnya menarik nafas lega selepas berjaya menewaskan PKNS di Shah Alam malam tadi. Barisan serangan Pahang yang diperkuatkan semula dengan kehadiran orang besi, Dickson Nwakaeme, membolehkan gandingan 9-10-11 (Mat Yo-Dickson-Ze Love) kembali membarisi kesebelasan utama. Deretan percubaan Pahang berjaya dihasilkan mengatasi…

Details

PJ City-Pahang : Misi Wajib 3 Mata

Mendahului carta liga selepas 7 perlawanan, sememangnya menjanjikan cabaran yang sangat getir buat pasukan Pahang untuk mengekalkan kedudukannya. Bertemu pasukan kelompok bawahan dan pendatang baru Liga Super, PJ City seharusnya menjadi kewajiban buat Tok Gajah mengutip 3 mata penuh di Stadium Darul Makmur pada Ahad ini. PJ City baru sahaja mengecap nikmat kemenangan sulung Liga…

Details

Shopee Piala FA 2019 : Kenali PIB FC, lawan Pusingan Kedua Pahang

Majlis undian pusingan kedua Shopee Piala FA 2019 telah berlangsung bulan lepas yang menyaksikan juara bertahan, Pahang yang tidak mendapat ‘bye’ telah diundi bertemu pasukan PIB FC, yang beraksi di divisyen ke-2 Liga Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Liga Perdana FAS. Liga FAS merupakan salah satu liga yang diiktiraf sebagai Liga M4, iaitu divisyen ke-4…

Details

Peluang Pahang Cipta Kemenangan Sulung di STAR, Jengka

Stadium Tun Razak (STAR), Jengka mula menjadi gelanggang rasmi pasukan Felda United bagi saingan Liga Malaysia bermula pada 2016. Menggunakan rumput tiruan pastinya mendatangkan masalah buat pasukan lawan untuk mencipta sebarang keputusan positif ketika beraksi di sana. Begitu juga buat pasukan Pahang, Tok Gajah tidak pernah berjaya mengelak daripada mengalami kekalahan ketika beraksi di sana.…

Details

Zuhair Gembira Sumbang 3 Mata Berharga.

Zuhair Aizat merupakan individu yang paling gembira apabila berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan ketika Pahang menewaskan Kedah 1-0. Jaringan beliau pada minit ke 85 yang terbias Khairul Helmi sudah cukup untuk Pahang menamatkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah pada musim ini. Beliau yang di temui selepas perlawanan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih,…

Details

Dollah Gembira Dengan Prestasi Pemain

Kehilangan beberapa tonggak, Pahang masih mampu beraksi cemerlang apabila membenam PKNP 3-0 di Stadium MP Manjung malam tadi. Gol Pahang telah dijaringkan oleh Ze Love, Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha. Barisan pertahanan pula yang kehilangan gandingan Goulon-Muslim kental bertahan segala asakan PKNP dan berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ kedua musim ini. Ketika mengulas kemenangan Pahang,…

Details

Apa berlaku dipertemuan Pahang-PKNP yang lalu?

Mula bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), juara Liga FAM 2016 hanya mula menjadi lawan Pahang pada musim 2017. PKNP yang diperkuatkan dengan penjaring terbanyak mereka, Shahrel Fikri telah diundi satu kumpulan bersama Pahang bagi saingan Piala Malaysia. Dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Perak, Ipoh, perlawanan berkesudahan seri 1-1. Matheus Alves memberikan kelebihan awal…

Details