Ibarat cinta bertepuk sebelah tangan, 2 pemain penyerang yang sebelum ini dikhabarkan menyertai Sri Pahang, dilaporkan hampir pasti melakukan pusingan ‘U’ dan kekal bersama pasukan mereka.

Penyerang antarabangsa Iceland dan Bolton Wanderers, Jón Daði Böðvarsson telah menandatangani kontrak baru bersama kelabnya, yang menyaksikan beliau akan kekal setahun lagi di Bolton.

Perkara itu diumumkan dalam lawan web serta media sosial rasmi Bolton Wenderers serta pemain itu sendiri pada hari Rabu.

Satu lagi gosip perpindahan adalah berkenaan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid yang dkatakan antara penyerang baru Sri Pahang yang baru menjelang jendela perpindahan pada 5 Julai nanti.

Gosip ini dikuatkan lagi apabila sebelum ini, CEO Sri Pahang, Dato’ Suffian memberitahu Astro Arena, yang Sri Pahang masih menunggu keputusan daripada Safawi Rashid sama ada mahu ke Darul Makmur atau pun tidak.

Walaubagaimanapun, penyerang kebangsaan dan JDT itu mengesahakan pada malam semalam, beliau akan terus kekal bersama JDT dan menolak spekulasi bakal dipinjamkan ke Sri Pahang.

Pengesahan itu dilakukan ketika sesi temubual selepas perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Harimau Malaya di media sosialnya.

Dalam perlawanan tersebut, Safawi yang dimasukkan pada babak kedua menjaringkan satu gol untuk membantu Malaysia menang 4-1 ke atas Kepulauan Soloman.

Kegagalan mendapatkan 2 penyerang berprofil tinggi ini dilihat sedikit membantutkan usaha Sri Pahang untuk memperkasakan lagi jentera serangan yang pada ketika ini hanya bergantung kepada penyerang Liberia Kpah Sherman.

Namun begitu, dengan jendela perpindahan yang hanya dibuka pada 5 Julai 2023, mereka masih memiliki masa untuk mencari pengganti yang sesuai dan lebih berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: