Grafik: MediaPBNP

Berita baik buat peminat setia pasukan Tok Gajah, jersi baru sudah boleh ditempah secara atas talian bermula 8 Januari lalu.

Hari ini, laman rasmi Pahang FA telah memuat naik poster mengenai tempahan jersi tersebut dan peminat boleh membuat pembelian secara atas talian melalui pautan www.store.pahangfa.com.

Ini adalah kali pertama sistem penjualan jersi dilakukan melalui atas talian dan tempahan awal ini akan dibuka sehingga 17 Januari ini.

Grafik: MediaPBNP

Musim baru ini, Pahang akan meneruskan penggunaan jenama FILA untuk kesemua kelengkapan pemain dan pegawai pasukan.

Kesemua tempahan akan dibekalkan dengan satu bungkusan istimewa yang tidak ditawarkan selepas berakhir tempoh tempahan awal.

Para peminat boleh menuntut tempahan awal mereka semasa majlis pelancaran jersi yang akan diumumkan nanti sekaligus menjadi antara yang terawal yang memiliki jersi kebanggaan skuad Pahang ini.

Bagi yang tidak berkelapangan untuk hadir, perkhidmatan penghantaran jersi turut disediakan dengan menggunakan perkhidmatan kurier yang terpilih, namun jersi yang ditempah hanya akan diterima beberapa hari selepas hari pelancaran.

Berharga RM 110.00, jersi baru keluaran FILA ini dikhabarkan mengambil inspirasi dari jersi era 80an dan masih mengekalkan warna kuning dan biru untuk jersi utama. Manakala warna putih dan hitam pula untuk jersi kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *