Pahang meneruskan rentak kemenangan apabila membelasah pasukan yang baru dinaikkan ke liga divisyen satu Thailand, Air Force Central dengan jaringan 1-4 pada perlawanan persahabatan sebentar tadi.

Skuad Tok Gajah turun dengan meletakkan pemain yang baru menjalani sesi ujian bersama pasukan iaitu Philip Hellquist di bahagian serangan dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan.

Photo by: Air Force Media/Facebook

Manakala seorang lagi pemain tempatan yang baru dibawa masuk iaitu Bunyamin Omar diletakkan di bahagian pertahanan kanan bagi menampung kekosongan yang ditinggalkan Matthew Davies.

Remeszey Che Ros pula diberi kepercayaan sebagai benteng terakhir dan dilindungi seorang lagi pemain import yang masih lagi diuji iaitu Ljubo Baranin.

Pemain sensasi dari Kemboja, Chan Vathanaka turut membuat penampilan dan beliau diletakkan di posisi sayap kiri.

Pasukan tuan rumah dihadapan terlebih dahulu dipenghujung babak pertama dan perlawanan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pahang berjaya menjaringkan 4 gol pada separuh masa kedua dengan dimulai oleh Philip Hellquist pada minit ke 46 dan ditambah dua lagi jaringan oleh Safuwan Baharudin.

Satu lagi jaringan dihasilkan oleh Mohd Shah Amirul yang turut menyertai pasukan Pahang di Thailand sebagai pendedahan buat beliau yang akan bersama skuad Piala Presiden Pahang.

Dengan kemenangan 1-4 ini, Pahang bakal meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan ketiga yang dijadualkan pada 9 Januari ini. Namun demikian, mereka terlenih dahulu perlu berhadapan dengan cabaran yang getir apabila bakal bertemu pasukan dari Liga Korea (K-League Classic) iaitu Gyeongnam Fc yang turut dinaikkan ke liga divisyen satu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *