"There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesising the electrifying football scene".

Piala Malaysia 2019: Tok Gajah Tempah Slot Suku Akhir

Pasukan Pahang menjadi pasukan pertama mara ke pentas suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menundukkan pasukan Sabah, 1-0 di Stadium Darul Makmur pada Sabtu. Gol tunggal hasil jaringan Dickson Nwakaeme pada babak kedua perlawanan sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan gergasi Pantai Timur itu di saingan suku akhir meskipun berbaki 2 perlawanan di halaman lawan. Pengendali…

“Saya Bernasib Baik Saya Dapat Menjaringkannya” – Herold Goulon

“Saya pun tidak menyangka bola itu akan menerjah jaring”. Itulah ungkapan pemain terbaik perlawanan, Herold Goulon yang berjaya menjaringkan gol ketiga Pahang sekaligus mencerahkan lagi laluan pasukan Tok Gajah dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini. Terdahulu, Goulon berjaya melonjak tinggi dan menanduk masuk hantaran lintang Norazam Azih bagi meletakkan Pahang di hadapan pada…

Kehadiran Nwakaeme Menjadikan Pemain Lebih Yakin – Dollah Salleh

Kemasukan semula penyerang sensasi Pahang, Dickson Nwakaeme nyata menghadirkan impak yang begitu besar apabila skuad Tok Gajah berjaya mengukuhkan kedudukan di persada saingan Unifi Liga Super 2019 selepas berjaya menundukkan Terengganu FC dengan jaringan 3-0 di Kuantan malam tadi. Nwakaeme yang kini telah mengumpul 3 jaringan sekali lagi membuktikan kehadirannya dalam saingan liga Malaysia bukanlah…

Kami Harapkan Aksi Semalam Bukanlah Aksi Terakhir Kami Di Stadium Darul Makmur – Safuwan Baharudin

Penjaring gol penyamaan di minit-minit terakhir perlawanan ketika skuad Tok Gajah melayani kunjungan JDT di Kuantan pada Ahad tetap optimis Pahang akan mencipta kejutan di Larkin Sabtu ini. Gol tunggal Pahang yang dijaringkan oleh Safuwan Baharudin itu sedikit menaikkan motivasi para pemain dalam mengharungi baki 90 minit permainan di arena lawan walaupun terpaksa menerima hakikat…

unifi Piala Malaysia: Dollah Lega Pemain Bangkit Dari Lena

Ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas menyaksikan anak-anak buahnya kembali menemui prestasi seperti yang diinginkannya sebelum ini. “Hari ni (malam Sabtu), saya rasa betul-betul lega kerana pemain-pemain Pahang telah berjaya menunjukkan mutu permainan yang sebenarnya. Selepas aksi final Piala FA, kita sebenarnya agak bergelut untuk mengembalikan prestasi dan mungkin…

unifi Piala Malaysia 2018: Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama Kumpulan D

Skuad kendalian Dollah Salleh gagal menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri selepas diikat pasukan dari Liga Premier, Sabah 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia pada Sabtu. Pasukan tuan rumah turun dengan kesebelasan terbaik selepas kembalinya ketua pasukan, Matthew Davies yang terlepas beberapa perlawanan terakhir saingan Liga Super. Namun begitu, Pahang terus kempunan menagih…

shopee Piala FA 2018: Pahang Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Bergelar Juara Baharu Musim 2018

Matthew Davies mencipta sejarah apabila muncul sebagai ketua pasukan termuda menjulang kejuaraan Piala FA selepas Pahang berjaya menundukkan Selangor dengan jaringan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Dua gol jaringan oleh Norazam Azih dan Patrick Cruz masing-masing pada setiap babak permainan sudah cukup untuk Pahang mengubati kekecewaan musim 2017. Skuad Tok Gajah yang…

Impian Saya Jadi Kenyataan – R Kogileswaran

Disebalik kejayaan Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT, ianya lebih bermakna buat R Kogileswaran apabila menjadi watak penting dalam membawa kejayaan pasukan di Larkin semalam. Selepas kali kedua diletakkan dalam kesebelasan utama gara-gara kecederaan yang menimpa Francis Forkey Doe tempoh hari seakan memberi peluang buat anak muda ini untuk…

Shopee Piala FA: Saya Kagum Dengan Semangat Juang Pemain – Dollah Salleh

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembirannya selepas membawa Pahang ke saingan separuh akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut dengan menundukkan JDT di Larkin malam tadi. Dollah yang ditemubual selepas perlawanan berkata, segala perancangan yang diterapkannya telah berjaya diterjemahkan oleh para pemain sehingga mampu meleburkan rekod cemerlang tuan rumah di…

Shopee Piala FA: Pahang Singkir Juara Bertahan, Lunas Dendam Musim Lalu

Jaringan tunggal Mohamadou Sumareh pada penghujung separuh masa pertama sudah cukup untuk menyingkirkan juara bertahan, Kedah dalam perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi. Skuad kendalian Dollah Salleh turun berbekalkan semangat untuk menamatkan episod duka dalam saingan akhir Piala FA musim lalu dengan menunjukkan permainan yang menyakinkan…