Dengan pengumuman Liga MBSB Championship 2024 akan bermula pada Jun 2024 berserta penambahan pasukan menjadikan jumlah keseluruhan yang akan bertanding sebanyak 16 pasukan, YPM FC tidak memandang ringan cabaran yang akan dihadapi dengan merangka 2 perlawanan persahabatan untuk menguji tahap persediaan pasukan.

YPM FC 2 – ATM FC 2 (20 April 2024- Stadium Mindef)

Bayangan awal kesebelasan utama pasukan diuji dengan berhadapan dengan ATM FC yang turut berada didalam liga yang sama. Keadaan cuaca yang agak lembab berikutan hujan lebat yg turun pada hari sebelumnya tidak menganggu ritma perlawanan yang laju dengan saling berbalas-balas serangan. YPM FC dua kali mendahului pihak lawan sebelum di ikat pada penghujung perlawanan.

YPM FC 1 – PDRM U-23 3 (21 April 2024 – Padang Pulapol A)

Hari kedua KL Tour diteruskan dengan aksi perlawanan di Padang Pulapol A menentang skuad U-23 PDRM FC.

Berdepan dengan skuad yang agak muda, YPM FC menurunkan pilihan dengan peringkat umur yang hampir serupa. Masih lagi meneruskan permainan laju dan agresif bagaimanapun jurang dari segi kualiti penyudah dan taktikal agak terasa ditambah lagi dengan PDRM U-23 menggunakan khidmat pemain import. Satu bentuk pendedahan kepada skuad YPM FC untuk lebih berkerja keras untuk menghadapi liga yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *