Fadzli Shaari – Kisah Permata Bola Sepak Pahang Dan Pengembaraannya

Terma ‘Journey Man atau Si Pengembara’ sering digunakan dalam kamus sukan dan bola sepak antarabangsa bagi pemain yang pernah beraksi untuk banyak kelab. Antara nama besar ‘Journey Man’ dalam dunia bola sepak ialah Nicholas Anelka (8 kelab), Christian Vieri (12 kelab), Rivaldo (14 kelab), Jari Litmanen (10 kelab), dan Zlatan Ibrahimovic (8 kelab). Dalam kancah…

[Analisis] Pecah Rekod 2015 Untuk Berpeluang Muncul Juara 2018

Umum mengetahui kali terakhir Pahang bergelar juara saingan Liga Super adalah pada edisi yang pertama, iaitu 14 tahun yang lalu. Satu angka yang sangat besar dan sudah pasti, bukan sahaja ingin ditamatkan oleh barisan pemain malah para penyokong yang terlalu dahagakan kejuaraan liga. Jikalau diimbas semula prestasi Pahang dalam 5 kejuaraan liga terdahulu (2013-2017), tahun…

Kisah 4 Pemain Import ‘singkat’ Pahang

Sejak dari dahulu lagi, pelbagai kisah menarik dan lucu mengenai pemain import sentiasa mewarnai kancah Liga Malaysia. Penipuan agen pemain import, penipuan rekod kecederaan, ‘scouting’ dari video/You Tube, dan aksi ‘Indah Khabar Dari Rupa’ kerap kali berlaku saban musim sehinggalah ke hari ini. Pahang turut tidak terlepas dalam menurut ‘tradisi’ pasukan Liga Malaysia dalam pemilihan…

Forkey Doe Buka Akaun Jaringan, Bantu Pahang Lakar Kemenangan Pertama

Gol jaringan Francis Forkey Doe, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih berjaya menamatkan kemarau gol dan kemenangan buat Pahang selepas berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang turun dengan menampilkan pemain import baharu, Francis Forkey Doe menggantikan Sergio Unrein di bahagian serangan sambil kembali meletakkan Faisal Rosli di posisi bek kiri. Bagi…

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya…

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini. Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan. Namun demikian, tonggak skuad…

unifi Liga Super: Pahang dan Perak Sekadar Terikat Tanpa Jaringan

Hasrat skuad Tok Gajah memburu 3 mata di arena sendiri tidak kesampaian selepas hanya berpuas hati terikat tanpa jaringan ke atas pasukan Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang bermula dengan mempertaruhkan dua penyerang tempatan yang dibarisi Nor Shahrul Idlan dan R Kogileswaran sambil memilih untuk meletakkan Sergio Unrein dibangku…

Kisah Nombor Jersi Pahang

Nombor jersi dalam kancah bola sepak Malaysia tidaklah begitu signifikan untuk dijadikan ‘sentimental value’ bagi sesebuah kelab seperti berlaku di luar negara. Antara nombor yang sering menjadi siulan peminat bola sepak dunia seperti jersi bertuah nombor ‘7’ Manchester United, jersi sumpahan malang nombor ‘9’ di Arsenal, dan nombor agung ‘10’ bagi Argentina. Malah begitu banyak…

Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu: Pahang Mula Dengan Langkah Kiri

Pahang tewas dalam aksi pertama kejohanan 4 penjuru ke atas Terengganu FC 1 yang berlangsung di Kuala Terengganu malam tadi. Pahang memulakan separuh masa pertama dengan menurunkan pemain import dari Sweden, Philip Hellquist dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan di bahagian serangan. Manakala, Chan Vathanaka diberi tanggungjawab bergerak di bahagian sayap kanan dan dibantu seorang…