unifi Piala Malaysia 2018: Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama Kumpulan D

Skuad kendalian Dollah Salleh gagal menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri selepas diikat pasukan dari Liga Premier, Sabah 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia pada Sabtu. Pasukan tuan rumah turun dengan kesebelasan terbaik selepas kembalinya ketua pasukan, Matthew Davies yang terlepas beberapa perlawanan terakhir saingan Liga Super. Namun begitu, Pahang terus kempunan menagih…

Mampukah Pahang bergelar Naib Juara Liga Super?

Mahkota kejuaraan Liga Super sudah berjaya dimiliki oleh JDT, juga buat kali kelima berturut-turut dan tanpa perlu bersusah-payah menghabiskan baki perlawanan liga. Seperti biasa, pasukan lain hanya mampu berebut kedudukan Naib Juara liga, namun yang menariknya pada musim ini, kedudukan Naib Juara Liga Super menjanjikan slot ke Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, selepas slot juara Piala…

shopee Piala FA 2018: Pahang Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Bergelar Juara Baharu Musim 2018

Matthew Davies mencipta sejarah apabila muncul sebagai ketua pasukan termuda menjulang kejuaraan Piala FA selepas Pahang berjaya menundukkan Selangor dengan jaringan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Dua gol jaringan oleh Norazam Azih dan Patrick Cruz masing-masing pada setiap babak permainan sudah cukup untuk Pahang mengubati kekecewaan musim 2017. Skuad Tok Gajah yang…

Issey-Amutu : Apa sudah jadi?

Kecederaan Forkey Doe ketika bertemu Kedah selepas hanya beraksi 4 perlawanan bersama Pahang seakan menjadi permulaan episod malang buat pengendali Pahang, Dollah Salleh. Namun begitu, pemain-pemain Pahang masih lagi berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan seterusnya, dengan menyingkirkan JDT di Larkin dalam Piala FA dan mampu menghapus badi kemenangan di Kuala Terengganu dalam saingan Liga…

“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah…

‘Respect Ourself’ – Cruz

Patrick Cruz adalah watak penting yang membawa Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT. Masakan tidak, pemain kelahiran Brazil ini melakarkan jaringan hatrik pada malam tersebut di gelanggang keramat JDT, di Larkin. Setelah Pahang kehilangan khidmat Forkey Doe yang mengalami kecederaan sebelum ini, Cruz membuktikan ketajaman penyudahnya sekaligus membantu Pahang…

Piala FA : Menyingkap Pertemuan Pahang Dan Kedah, Peluang Terbaik Lunas Dendam Final 2017

Pahang jarang sekali diundi bertemu Kedah dalam saingan Piala FA, namun pada musim ini, kedua-dua pasukan ini sekali lagi beradu kekuatan selepas bertemu di Stadium Shah Alam dalam aksi final musim lepas. Semua sedia maklum Kedah telah dinobat juara musim lalu menjadikan mereka pasukan kedua terbanyak (4 kali) memenangi trofi Piala FA ini, di belakang…

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya…

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini. Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan. Namun demikian, tonggak skuad…