Shopee Piala FA: Saya Kagum Dengan Semangat Juang Pemain – Dollah Salleh

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembirannya selepas membawa Pahang ke saingan separuh akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut dengan menundukkan JDT di Larkin malam tadi. Dollah yang ditemubual selepas perlawanan berkata, segala perancangan yang diterapkannya telah berjaya diterjemahkan oleh para pemain sehingga mampu meleburkan rekod cemerlang tuan rumah di…

Shopee Piala FA: Pahang Singkir Juara Bertahan, Lunas Dendam Musim Lalu

Jaringan tunggal Mohamadou Sumareh pada penghujung separuh masa pertama sudah cukup untuk menyingkirkan juara bertahan, Kedah dalam perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi. Skuad kendalian Dollah Salleh turun berbekalkan semangat untuk menamatkan episod duka dalam saingan akhir Piala FA musim lalu dengan menunjukkan permainan yang menyakinkan…

unifi Liga Super: Tok Gajah Raih Kemenangan Ketiga , Semakin Semangat Mencabar Kedudukan Liga

Pahang meneruskan momentum kemenangan dalam saingan unifi Liga Super selepas berjaya menundukkan skuad Rusa 4-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Skuad Tok Gajah turun dengan membariskan kesebelasan utamanya manakala skuad pelawat masih tidak menurunkan tonggak importnya, Nicholas Velez yang masih belum cergas sepenuhnya. Negeri Sembilan nyata bersemangat untuk memburu gol pendahuluan seawal minit permainan…

Walaupun Ini Perlawanan Pertama Kami, Saya Lega Kami Mampu Melakukannya-Patrick Cruz

Penampilan pertama penyerang import baharu Pahang, Patrick Cruz nyata cemerlang selepas membantu pasukannya melakar kemenangan ke atas seteru utama, Selangor di halaman lawan semalam. Aksi pertamanya semalam nyata memukau para penyokong setia Tok Gajah selepas berjaya menyumbang satu gol serta membantu kepada penghasilan gol kedua oleh Francis Forkey Doe sekaligus melebarkan penguasaan Pahang ke atas…

unifi Liga Super: ‘Debut’ Cruz Bantu Pahang Lakar Kemenangan Bergaya

Patrick Cruz tidak menunggu lama untuk menyinar dalam penampilan pertamanya selepas berjaya membantu Pahang melakar kemenangan ke atas Selangor dengan jaringan 1-3 di Cheras sebentar tadi. 1 gol dan 1 ‘assist’ beliau selain 2 gol Francis Forkey Doe meletakkan Pahang di kedudukan terbaik untuk mencabar takhta liga. Pahang segera mengejutkan tuan rumah apabila mendahului pada…

Forkey Doe Buka Akaun Jaringan, Bantu Pahang Lakar Kemenangan Pertama

Gol jaringan Francis Forkey Doe, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih berjaya menamatkan kemarau gol dan kemenangan buat Pahang selepas berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang turun dengan menampilkan pemain import baharu, Francis Forkey Doe menggantikan Sergio Unrein di bahagian serangan sambil kembali meletakkan Faisal Rosli di posisi bek kiri. Bagi…

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya…

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini. Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan. Namun demikian, tonggak skuad…

unifi Liga Super: Pahang dan Perak Sekadar Terikat Tanpa Jaringan

Hasrat skuad Tok Gajah memburu 3 mata di arena sendiri tidak kesampaian selepas hanya berpuas hati terikat tanpa jaringan ke atas pasukan Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang bermula dengan mempertaruhkan dua penyerang tempatan yang dibarisi Nor Shahrul Idlan dan R Kogileswaran sambil memilih untuk meletakkan Sergio Unrein dibangku…