Liga Malaysia 2018: Rumusan Score Card Skuad Tok Gajah

Kekalahan kepada JDT Sabtu lalu menjadi aksi penutup bagi musim 2018 buat pasukan Pahang. Tersekat di pusingan Suku Akhir Piala Malaysia, Juara Piala FA dan menduduki ‘top 4’ Liga Super menjadi pencapaian musim kedua buat Dollah Salleh, yang kembali membimbing Tok Gajah pada musim lalu. Persiapan Pasukan Pahang memulakan musim baru dengan penghijrahan beberapa pemain…

Details

Kami Harapkan Aksi Semalam Bukanlah Aksi Terakhir Kami Di Stadium Darul Makmur – Safuwan Baharudin

Penjaring gol penyamaan di minit-minit terakhir perlawanan ketika skuad Tok Gajah melayani kunjungan JDT di Kuantan pada Ahad tetap optimis Pahang akan mencipta kejutan di Larkin Sabtu ini. Gol tunggal Pahang yang dijaringkan oleh Safuwan Baharudin itu sedikit menaikkan motivasi para pemain dalam mengharungi baki 90 minit permainan di arena lawan walaupun terpaksa menerima hakikat…

Details

unifi Piala Malaysia: Dollah Lega Pemain Bangkit Dari Lena

Ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas menyaksikan anak-anak buahnya kembali menemui prestasi seperti yang diinginkannya sebelum ini. “Hari ni (malam Sabtu), saya rasa betul-betul lega kerana pemain-pemain Pahang telah berjaya menunjukkan mutu permainan yang sebenarnya. Selepas aksi final Piala FA, kita sebenarnya agak bergelut untuk mengembalikan prestasi dan mungkin…

Details

unifi Piala Malaysia 2018: Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama Kumpulan D

Skuad kendalian Dollah Salleh gagal menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri selepas diikat pasukan dari Liga Premier, Sabah 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia pada Sabtu. Pasukan tuan rumah turun dengan kesebelasan terbaik selepas kembalinya ketua pasukan, Matthew Davies yang terlepas beberapa perlawanan terakhir saingan Liga Super. Namun begitu, Pahang terus kempunan menagih…

Details

Mampukah Pahang bergelar Naib Juara Liga Super?

Mahkota kejuaraan Liga Super sudah berjaya dimiliki oleh JDT, juga buat kali kelima berturut-turut dan tanpa perlu bersusah-payah menghabiskan baki perlawanan liga. Seperti biasa, pasukan lain hanya mampu berebut kedudukan Naib Juara liga, namun yang menariknya pada musim ini, kedudukan Naib Juara Liga Super menjanjikan slot ke Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, selepas slot juara Piala…

Details

shopee Piala FA 2018: Pahang Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Bergelar Juara Baharu Musim 2018

Matthew Davies mencipta sejarah apabila muncul sebagai ketua pasukan termuda menjulang kejuaraan Piala FA selepas Pahang berjaya menundukkan Selangor dengan jaringan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Dua gol jaringan oleh Norazam Azih dan Patrick Cruz masing-masing pada setiap babak permainan sudah cukup untuk Pahang mengubati kekecewaan musim 2017. Skuad Tok Gajah yang…

Details

Issey-Amutu : Apa sudah jadi?

Kecederaan Forkey Doe ketika bertemu Kedah selepas hanya beraksi 4 perlawanan bersama Pahang seakan menjadi permulaan episod malang buat pengendali Pahang, Dollah Salleh. Namun begitu, pemain-pemain Pahang masih lagi berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan seterusnya, dengan menyingkirkan JDT di Larkin dalam Piala FA dan mampu menghapus badi kemenangan di Kuala Terengganu dalam saingan Liga…

Details

“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah…

Details

‘Respect Ourself’ – Cruz

Patrick Cruz adalah watak penting yang membawa Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT. Masakan tidak, pemain kelahiran Brazil ini melakarkan jaringan hatrik pada malam tersebut di gelanggang keramat JDT, di Larkin. Setelah Pahang kehilangan khidmat Forkey Doe yang mengalami kecederaan sebelum ini, Cruz membuktikan ketajaman penyudahnya sekaligus membantu Pahang…

Details