Hari ini misi hidup mati Sri Pahang FC dalam Piala Malaysia. Tiada jalan lain, defisit 2 gol perlu dicari untuk mengakhiri perlawanan tanpa lanjutan masa. Bilakah kali terakhir Pahang boleh kalahkan KL dengan defisit 2 gol? Tahun 2019.

Ya 4 tahun lalu, waktu tu KL masih belum transform lagi, jurulatih pun masih bertukar-tukar. Mudah je Pahang menang 2-0 di Kuantan, dan 3-1 di Cheras. Sejak revolusi KL dimulakan pada musim 2021 di bawah Stanley Bernard, Pahang mule struggle nak skor gol lawan KL, terutama time Bojan Hodak jd headcoach. Malah dalam tempoh itu, Pahang hanya mampu menang sekali sahaja dalam 8 pertemuan untuk semua kejohanan.

Kini Bojan telah pergi, Nenad ganti. Tak banyak sangat perubahan dilakukan, KL masih memiliki barisan pertahanan yang mantap. Hanya JOHOR Southern Tigers dan Selangor FC sahaja yang mampu membolosi KL dengan defisit 2 gol.

Pendek kata, Fandi Ahmad dan Tok Gajah perlu mengharapkan sedikit keajaiban untuk mara ke separuh akhir pada petang ini. Walaupun kehilangan Kenny Paul Raj yang dilayangkan kad merah tempoh hari di Cheras, KL bakal memasukkan kembali Giancarlo Galufuoco untuk memperkukuhkan kembali pertahanan, dan mungkin Patrick Reichelt akan dikorbankan untuk memaksimumkan slot 5 import.

Apa yang perlu Tok Gajah lakukan, serangan yang teratur dan berkualiti, pastikan setiap serangan menghasilkan percubaan yang tepat dan boleh menghasilkan peluang gol. Jika gagal mendapatkan defisit 2 gol, mungkin boleh mengharapkan keajaiban sepakan penalti, namun masih perlu berhadapan penjaga gol antarabangsa Filipina, Kevin Mendoza.

Dijangka Pahang akan kekal bergelut untuk menghasilkan jaringan, dan besar kemungkinan inilah aksi terakhir Tok Gajah dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Tiada derbi Pantai Timur di separuh akhir, namun kami masih mengharapkan Fandi & co boleh membuktikan yang kami silap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: