Juara Liga M5 Pahang Amateur League 2023 bakal ditentukan dalam perlawanan akhir pada Ahad ini di Stadium Tun Razak, Jengka.

Juara Liga Temerloh, Semantan Troopers bakal bertemu Juara Liga Jengka, Parot FC yang masih belum mencatatkan sebarang kekalahan setakat ini.


Semantan berjaya muncul juara Liga Temerloh, dengan mencatatkan 14 mata, hasil 4 kemenangan, 2 seri dan tewas sekali, manakala Parot pula menang kesemua 6 perlawanan Liga Jengka dengan mengutip 18 mata maksimum.


Dalam aksi Suku Akhir peringkat negeri, Semantan mudah menjinakkan Eryna Tomyam (Jengka) 4-0, sebelum menyingkirkan pasukan pilihan MFT (Kuantan) 2-0 di peringkat separuh akhir.

Manakala, Parot sedikit bergelut di peringkat negeri, apabila menang tipis 2-1 ke atas DACS (Temerloh), dan menang melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan separuh akhir bertemu FC Belacan (Kuantan).


Kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang daripada kekuatan, Parot selaku wakil Felda Jengka pastinya menagih sokongan penduduk setempat memenuhi stadium bagi memberikan sokongan padu untuk menewaskan pasukan pelawat, yang terpaksa menempuh lebih 1 jam perjalanan.

Selain merebut trofi kejuaraan, kedua-dua pasukan telah memenangi slot untuk naik ke Liga M4 pada musim hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: