Selepas berakhirnya perlawanan peringkat liga yang berlangsung begitu sengit, 8 pasukan sah telah layak ke Suku Akhir Liga M5 Pahang Amateur League (PAL), iaitu : Liga Kuantan – FC Belacan, MFT; Liga Temerloh – Semantan Troopers, Lipis Fighter, DACS Temerloh; Liga Jengka – Parot FC; Jerantut ARFC, Eryna Tomyam.

FC Belacan vs Lipis Fighter

Naib Juara Liga Kuantan, iaitu kelab daripada daerah Pekan, FC Belacan yang bangkit di saat akhir untuk layak ke suku akhir, pastinya bukanlah lawan yang mudah buat Naib Juara Liga Temerloh, Lipis Fighter. Penjaring terbanyak FCB, Syawal Rosli yang sudah meledak 5 gol, bakal menjadi taruhan wakil Pekan itu untuk menafikan kemaraan pasukan Lipis.

Parot FC vs DACS Temerloh

Satu-satunya pasukan yang berjaya merekodkan kemenangan 100% dalam pusingan liga, Parot FC daripada Jengka, dilihat bakal menjadi pilihan utama ke perlawanan akhir. Namun begitu, pasukan tempat ketiga Liga Temerloh, DACS Temerloh pastinya tidak akan memberikan laluan mudah buat Parot.

MFT vs Jerantut ARFC

Juara Liga Kuantan, MFT juga dilihat salah satu pasukan yang agak kuat untuk ke perlawanan akhir. Mereka memiliki jentera serangan yang agak padu, menang 6-0 dalam aksi terakhir liga, serta mencatatkan 21 gol dalam kesemua 8 perlawanan liga. Manakala naib Juara Liga Jengka, Jerantut bukanlah lawan yang boleh dipandang rendah, mereka menang kesemua perlawanan liga, kecuali 1, tewas kepada juara liga, Parot.

Semantan Troopers vs Eryna Tomyam

Juara Liga Temerloh, Semantan bakal bertemu pasukan penuh kejutan, Eryna Tomyam. Eryna pada awalnya dilihat sekadar pasukan yang melengkapkan jadual perlawanan, sebelum berjaya bangkit di saat akhir untuk layak ke pusingan kalah mati.

Semua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Tun Razak, Jengka pada 19 Ogos ini bermula jam 3.00 petang. Semua yang penyokong dan penduduk berhampiran dijemput hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: