Apa Berlaku Dalam Perlawanan Sebelum?
LS : Kedah 2-0 Sri Pahang
M3 : Harini 3-1 Armed Force
Prestasi Semasa
Sri Pahang (no.5 MSL) : KDA 2-0 SRP; 1-0 PRK; SAB 4-0 SRP; SRP 1-0 SEL; KEL 0-5 SRP
Harini (no.1 M3) : HAR 3-1 ATM; HAR 1-1 PIB; MLK 1-3 HAR; SRW 0-2 HAR; HAR 0-0 MJC
Pemain Tumpuan Lawan
Khyril Muhymeen – 16 perlawanan, 9 gol (M3)
Rekod Perlawanan
2023 PM Harini 2-3 Sri Pahang
Jangkaan Perlawanan
Selepas tewas tipis kepada Sri Pahang dalam aksi Piala Malaysia, Harini telah mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang PIB, dan menang 3-1 ketika bertemu ATM, yang menyaksikan Khyril Muhymeen meledak hat-trick. Manakala Sri Pahang pula, gagal menunjukkan peningkatan yang drastik dalam permainan, sekadar menang tipis 1-0 bertemu Perak di DarulMakmur, dan tewas 0-2 kepada Kedah selepas itu.
Harini sedang menduduki tangga teratas Liga M3 MBSB Bank Championship pastinya tidak akan memberikan laluan mudah buat Sri Pahang nanti, manakala juara Piala Malaysia 4 kali itu pastinya tidak mahu dimalukan tewas di pusingan awal kepada lawan daripada divisyen yang lebih bawah. Sri Pahang dijangka akan layak ke Suku Akhir, bertemu juara Piala Malaysia edisi ke-100, Kuala Lumpur, selepas bergelut dengan tentangan sengit daripada Harini FT.