Pahang Rangers telah berjaya membawa bekalan defisit 4 gol ke Pasir Gudang, dilihat cukup baik untuk menjadi pemangkin kejuaaran sulung mereka dalam sejarah penyertaan dalam Liga Premier Futsal Malaysia.

Namun begitu, mereka terpaksa menelan hakikat, 2 pemain cemerlang mereka musim ini, Amin Nasrollah dan Mahadir Harahap tidak dapat beraksi dalam final yang kedua akibat pergantungan.

Gerard Casas pastinya terpaksa mengubah sedikit pendekatan, kerana Amin adalah pemain dalam ‘pair’ utama, dan Mahadir biasanya dalam ‘pair’ yang kedua.

Dijangkan tempat Amin bakal diisi oleh Sufri Shamil, dan mungkin Saifulnizam akan bermain ke bawah sedikit, bukan di atas seperti kebiasaannya.

Pemain import, Jamur de Sousa yang kini diberi perhatian bukan sahaja oleh penyokong Pahang Rangers, malah turut dikagumi seantero pencinta futsal negara, pastinya bakal dipertaruhkan sekali lagi untuk merobek gawang JDT.

JDT yang telah dihimpuni oleh pemain-pemain bintang pada musim ini, pastinya akan menyerang bermati-matian, bagi memastikan hasil mereka setimpal dengan pelaburan yang telah mereka lakukan.

Malah, walaupun berjaya muncul juara ataupun tidak, para pemain Pahang Rangers yang cemerlang pada musim ini seperti Harith Naim, Zainulzahin dan Mahadir Harahap pastinya bakal menjadi pemain buruan JDT yang terbaru.

Oleh sebab itu, peluang memiliki kelebihan defisit gol dalam aksi final kedua ini, wajib dimanfaatkan sebaik mungkin, jika tidak mahu berputih mata sekali lagi daripada meraih kejuaraan sulung MPFL.

Ini mungkin peluang seumur hidup buat Pahang Rangers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: