Pertahanan kanan Sri Pahang, Azrif Nasrulhaq yang dipinjam daripada JDT telah tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Bulan Julai anjuran PFAM.

Azrif bakal bersaing dengan pertahan JDT, Feroz Baharuddin, dan 3 orang penyerang, Romel Morales (KL City), Ifedayo Olusegun (Kedah), dan Ramon Machado (Sabah).

Pada Julai, Azrif telah tersenarai dalam kesebelasan utama dalam kesemua tiga perlawanan Liga Super, bertemu Selangor, Sabah dan Perak, yang menyaksikan Sri Pahang hanya tewas sekali sahaja.

Aksi terbaik Azrif yang paling diingati, pastinya ketika menewaskan Selangor di Darul Makmur, apabila beliau berjaya merantai terus pergerakan penyerang sayap sensasi Gergasi Merah, Faisal Halim, yang terus tenggelam dalam perlawanan tersebut.

Pencalonan Azrif ini pastinya merupakan sebuah pengiktirafan buat beliau, yang kembali mengasah kembali bakatnya yang sedikit tenggalam kerana kurangnya minit permainan pada musim-musim sebelumnya.

Undian boleh dibuat di laman web https://pfam.my/2023/08/09/undian-pemain-terbaik-liga-super-pfa-malaysia-edisi-julai-2023/?fbclid=IwAR00t0CnCB8R7VDcLG2XDNeAnPFcXh_OH6DtXCuqWf0HXE8Y9gYhHB5UdJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *