Ingin menjejaki kejayaan Sri Pahang FC dan juga Pahang Rangers yang masing-masing memenangi perlawanan penting pada minggu ini, YPM FC pula akan bertemu dengan UiTM United di Stadium Uitm Shah Alam, 6 Ogos 2023, pukul 8.45 PM.
Satu perlawanan penting untuk kedua-dua pasukan dalam menentukan siapakah akan berhak menjadi juara Zon Pantai Timur.
YPM FC masih lagi memegang takhta pendahulu kumpulan dengan kelebihan satu mata berbanding dengan UiTM United yang bagaimanapun masih lagi memegang kelebihan satu perlawanan.
Atas kertas, kesemua pasukan di dalam kumpulan Pantai Timur masih lagi mempunyai peluang cari matematik dengan syarat pasukan-pasukan diatas kehilangan mata untuk 2/3 perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Kemenangan akan mengukuhkan cengkaman YPM FC diatas takhta Kumpulan Pantai Timur dan layak ke pusingan seterusnya.
Ayuh peminat bola sepak Pahang untuk ke Stadium UiTM bagi memberikan sokongan kepada YPM FC ! Semoga tuah Sri Pahang FC dan juga Pahang Rangers akan terbit di gelanggang UiTM United.