Apa Berlaku Dalam Perlawanan Sebelum?

LS : Sri Pahang 1-0 Perak

M3 : Melaka 1-3 Harini

Prestasi Semasa

Sri Pahang (no.4 MSL) : SRP 1-0 PRK; SAB 4-0 SRP; SRP 1-0 SEL; KEL 0-5 SRP; SRP 4-3 NSE

Harini (no.2 M3) : MLK 1-3 HAR; SRW 0-2 HAR; HAR 0-0 MJC; SAINS 0-1 HAR; HAR 3-0 BKT

Pemain Tumpuan Lawan

Zulkifli Zakaria – 8 gol, Khyril Muhymeen – 5 gol

Rekod Perlawanan

Tiada rekod pertemuan

Jangkaan Perlawanan

Sri Pahang bakal memulakan edisi Piala Malaysia mereka yang ke-71 sepanjang sejarah penubuhan dengan bertemu Harini di STAR Paroi pada Jumaat. Harini baru tewas sekali dalam 14 perlawanan Liga M3 MBSB Bank Championship, iaitu kepada Imigresen.

Harini yang menduduki carta kedua liga di belakang KL Rovers, masih belum tewas dalam 10 aksi liga yang terakhir, terbaru mereka menewaskan Melaka 3-1 pada 29 Julai.

Diperkuatkan dengan deretan bekas pemain Liga Super dan Kebangsaan, Harini bukanlah sebuah pasukan yang boleh dipandang rendah, memandangkan jurulatih mereka juga merupakan pemenang 4 trofi Piala Malaysia, selaku pemain dan pembantu jurulatih.

Namun begitu, walaupun tentangan sengit bakal dihidangkan nanti di Paroi, Sri Pahang dijangka tidak berhadapan masalah untuk membawa sedikit bekalan ke Darul Makmur nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: