Selepas berjaya melakar kebangkitan penuh dramatik dalam aksi separuh akhir bertemu Seangor MAC, Pahang Rangers bakal bertemu JDT, sebuah kelab baru dalam MPFL, namun dihimpunkan dengan deretan pemain yang sangat berpengalaman.

7 pemain Selangor MAC dan 2 Pahang Rangers daripada saingan MPFL musim lalu telah disambar ke sana, ditambah pula dengan 2 pemain import yang agak berkualiti dan dilatih oleh pengendali Sepanyol, Miguel Garcia Juan Antonio yang berpengalaman luas di sana dan sekitar Asia.

Jika dilihat pada rekod pertemua kedua-dua pasukan dalam aksi persahabatan pada tahun ini, pada Februari sebagai persediaan musim baru MPFL, Rangers berjaya mengikat JDT 5-5, dan pada April sebagai persediaan ke Kejohanan Futsal Kelab AFF, Rangers berjaya menewaskan JDT 4-1.

Kedua-dua perlawanan berlangsung di luar Kuantan.

Namun begitu, ianya bukanlah ukuran sebenar, pastinya JDT sebuah lawan yang sangat sukar.

Kemenangan JDT 15-8 secara aggregat menentang TOT di separuh akhir, ternyata amaran awal buat Rangers, yang JDT mahu menjadi raja baru futsal negara.

Penjaring terbanyak mereka, Ekmal Shahrin (18 gol), bekas pemain MAC, dan bekas pemain Rangers, Abu Haniffa (15 gol), pastinya akan dipertaruhkan, selain daripada Awaluddin, Firdaus Ambiah, dan Garcia Caio.

Di kem Pahang Rangers pula, mereka perlu memanfaatkan sepenuhnya aksi di Kuantan terlebih dahulu, defisit gol yang besar perlu dibawa ke Larkin nanti, bagi memastikan kejuaaraan sulung yang diidamkan selama ini menjadi realiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: