Misi hidup mati ke Grand Final Liga Amatur Pahang bakal ditentukan pada minggu ini dan minggu hadapan.

Untuk saingan Liga Temerloh, FC Jerantut bakal menentukan misi hidup mati mereka pada petang Ahad 30 Julai, bertemu Lipis Fighter di Bangau Tanjung.

FC Jerantut tiada pilihan selain mengutip 3 mata penuh bertemu pasukan kedua liga tersebut, yang sudah mengesahkan tempat ke Grand Final.

Jika gagal berbuat demikian, slot terakhir ke Grand Final Liga Temerloh bakal diisi DACS Temerloh yang sudah selesai menghadapi kesemua perlawanan.

Mereka pastinya mengharap ‘bantuan’ Lipis Fighter bagi menggagalkan perjalanan FC Jerantut.

Manakala dalam Liga Kuantan, kesemua pasukan masih berpeluang ke Grand Final kecuali GCMA kerana mereka masih berbaki 2 perlawanan.

Namun begitu, disebabkan hanya 2 slot ditawarkan, saingan dijangka sengit, pada minggu ini Squad Panchung yang hanya memerlukan 1 lagi kemenangan untuk menjadi pasukan pertama ke Grand Final, bakal menghadapi kesukaran bertemu FC belacan di gelanggang lawan, Padang MDP pada Ahad.

FC Belacan yang berkongsi mata dengan MFT di kedudukan 2 dan 3 liga pastinya tidak mahu berputih mata.

MFT bakal bertemu Real Kuantan pada Isnin di KSC, dan kemenangan yang bakal diraih MFT dan Belacan pastinya membuka jalan yang lebih luas buat mereka ke Grand Final.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: