Walaupun sekadar berbekalkan defisit hanya 1 gol, Pahang Rangers dilihat memiliki kelebihan untuk melangkah ke Final MPFL2023.

Ini kerana Selangor MAC terpaksa melupakan khidmat ayam tambatan mereka, Ali Ebrahimi yang berhadapan pergantungan selepas menerima layangan kad merah dalam pertemuan di Sukpa pada Sabtu yang lalu.

Aksi panas antara kedua-dua pasukan tempoh hari juga menyaksikan beberapa layangan kad kuning terpaksa dikeluarkan oleh pengadil, Mahdi Makhtar.

Selepas ketiadaan Ali, Selangor dilihat sekadar bertahan, menghabiskan saki baki 12 minit permainan, dan Pahang Rangers pula hanya mampu menambah satu gol sahaja.

Pahang Rangers pastinya sekali lagi mempertaruhkan Sergio Jamur, yang begitu cemerlang meledak 2 jaringan di Kuantan, jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol MAC, Syawal Sabaruddin, pastinya gawang mereka lebih banyak dibolosi Rangers.

Kapten pasukan Rangers, Akmarulnizam dijangka bakal kembali, bagi memperkuatkan barisan bawah yang dilihat agak bergelut tanpanya tempoh hari.

Sekalipun bakal berhadapan lebih seribu orang penyokong tuan rumah, Rangers dijangka mampu mendiamkan Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, dengan kemenangan secara aggregat, seterusnya layak ke final buat kali kedua berturut-turut.

Come on you Rangers !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: