Jawatankuasa Rayuan Liga Amatur Pahang (PAL) dalam mesyuarat bil 1/2023 yang dilakukan secara dalam talian pada 25 Julai, yang dipengerusikan oleh Dr. Shamsulariffin bin Samsudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Rayuan PAL telah membincangkan rayuan  yang dikemukakan oleh pasukan FC Jerantut setelah hasil dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib PAL bil 2/2023 yang telah berlangsung pada 12 Julai 2023 yang lalu.

Mesyuarat turut dihadiri Pegawai Teknikal PBNP; Encik Faiq Fadhlullah, Penganjur Zon Temerloh; Encik Faiz bin Mazlan, Penganjur Zon Jengka; Encik Ahmad Faizal Sulaiman dan Penganjur Zon Kuantan; Encik Muhammad Adib Qushairi Abdul Karim

Setelah perbincangan dilakukan mesyuarat telah mengambil keputusan seperti berikut :

  1. Pasukan: FC Jerantut
    Keputusan : Denda dikurangkan kepada RM500
  2. Nama: Mohd Iqbal Mohd Yahaya
    Keputusan : Penggantungan disingkatkan kepada 2 perlawanan. Pegawai kini dibenarkan menyertai pasukan berkuatkuasa serta merta.
  3. Nama: Ahmad Asyraff Syarqawi Yusri
    No. Jersi: 4
    Keputusan : Penggantungan disingkatkan kepada 2 perlawanan. Pemain kini dibenarkan diturunkan berkuatkuasa serta merta.
  4. Nama: Muhammad Amirul Ahmad Nazri
    No. Jersi: 16
    Keputusan : Penggantungan disingkatkan kepada 2 perlawanan. Pemain kini dibenarkan diturunkan berkuatkuasa serta merta.
  5. Nama: Muhamad Firdaus Mohamed Asri
    No. Jersi: 20
    Keputusan : Kekal digantung dari kejohanan kerana kesalahan yang melibatkan keganasan dan tingkah laku tidak beretika terhadap pengadil.

Pihak Liga Amatur Pahang berharap agar insiden yang telah berlaku ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pemain supaya menjaga emosi dan sentiasa bersikap kesukanan yang tinggi.


Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: