Berikut adalah previu perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung pada minggu keenam (14 hingga 16 Julai 2023)
Liga Jengka
Pertembungan ‘Top of the Table’ bakal berlangsung pada 16 Julai ini di Padang Felda Jengka 17, yang bakal menemukan pendahulu pasukan Parot dan Jerantut ARFC.
Jerantut ARFC yang berehat panjang selepas perlawanan mereka bertemu Real Anak Bilis ditangguhkan, pastinya berhadapan tugas getir bertemu Parot yang masih segar dengan kemenangan bergaya 13-0 ke atas Sri Kenanga minggu lalu.
Sebelum itu, 2 perlawanan yang melibatkan 3 pasukan bawahan dan 1 pertengahan liga bakal berlangsung pada 14 dan 15 Julai, menemukan Winstep dan Real Anak Bilis, dan Eryna Tom Yam bertemu Sri Kenanga.
Desas-desus bertiup kencang, ini mungkin penampilan terakhir Azammuddin Akil di dalam saingan Liga Amateur Pahang M5, kerana dikhabarkan telah dipancing oleh sebuah kelab Liga M4.

Liga Temerloh
Saingan sengit 4 pasukan teratas Liga Temerloh bersambung lagi minggu ini, pendahulu pasukan FC Jerantut yang masih belum tewas, bakal bertemu Semantan Troopers pada 15 Julai di Padang Tanjung Batu.
3 pasukan teratas Liga Temerloh kini terikat dengan 10 mata, dengan FC Jerantut masih memiliki kurang 1 perlawanan berbanding 2 pesaing mereka, Vieura Wagga dan Semantan Troopers.
2 pasukan tercorot, Abata dan Bandar Bera 32 bakal bertemu sesama sendiri pada hari yang sama di Padang MDB, manakala pesaingan kejuaraan liga, Vieura Wagga bakal bertemu Temerloh Jaya keesokan harinya.
Satu lagi perlawanan yang bakal berlangsung serentak ialah DACS Temerloh bertemu Lipis Fighter di Padang Bangau Tanjung.

Liga Kuantan
Pasukan lambat panas, FC Belacan bersedia untuk sekali lagi melakarkan kejutan untuk minggu ini, apabila dijadualkan bertemu pendahulu liga MFT di KSC pada petang 16 Julai.
Pasukan yang berasal daripada Pekan itu sebelum ini telah merekodkan 2 kemenangan berturut-turut dalam aksi terakhir, mengejutkan Skuad Panchung dan menewaskan GCMA.
Pada sebelah malam pula, pasukan tercorot kendalian Abdulafess, GCMA pula bakal bertemu Real Kuantan.
GCMA masih mencari kemenangan pertama, selepas berjaya mengutip mata sulung selepas 5 perlawanan, hasil keputusan seri 1-1 menentang pendahulu liga, MFT pada minggu lalu.

Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.
Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2