Jaringan tunggal Kevin Ingreso pada minit ke-50 sudah cukup untuk menghadiahkan 3 mata berharga buat Sri Pahang dalam meneruskan misi untuk menghambat Selangor di kedudukan kedua Liga Super Malaysia.
Perlawanan yang bermula pada sebelah petang di Stadium DarulMakmur itu dijangka sengit, kerana kedua-dua pasukan sedang berada di prestasi yang agak baik.

Fandi Ahmad telah menyenaraikan pemain import baru, Kuvondik Ruviev dalam kesebelasan utama, manakala Rafael Silva pula bermula di bangku simpanan.
Ternyata, gandingan 3 pemain tengah, Ruziev-Ingreso-Azam menjadi dalam merencanakan serangan, dan menyerap segala asakan pelawat.
Sekali pun berbalas-balas serangan di separuh masa pertama, termasuk satu percubaan tepat Faisal Halim dan percubaan serong 1 lawan 1 Mukhairi Ajmal ketika hanya berhadapan dengan Zarif Irfan, kedua-dua pasukan terus buntu jaringan pada separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, Sri Pahang terus mengasak bagi mencari gol pembukaan, hasilnya baru 5 minit bermula, Kevin Ingreso berjaya meledak gol pembukaan tuan rumah.
Kevin menyambung percubaan jarak dekat Azam Azih yang berjaya ditampan Sam Sommerville.
Selepas berjaya memecahkan kebuntuan, Fandi Ahmad terus bermain secara bertahan, dan Selangor terus melancarkan percubaan bertubi-tubi.
Walaupun memasukkan penyerang import baru, Boake-Yiadom, Brenda Gan dan Hein Htet Aung, pelawat masih gagal mendapatkan gol penyamaan, dan Sri Pahang berjaya mengutip 3 mata yang cukup berharga.
Kemenangan ke-10 Sri Pahang ini membolehkan Tok Gajah terus mengukuhkan kedudukan ‘Top 3’ mengutip 34 mata, sama dengan Selangor di tangga kedua, hanya dibezakan dengan jaringan sahaja.
Tok Gajah selepas ini akan terbang ke Kota Kinabalu, bertemu Sabah yang kini menduduki tangga ke-5 Liga Super.