Menepati ramalan awal, Pahang Rangers ternyata berada di kelas tersendiri, apabila selesa membawa bekalan defisit 5 gol ke Shah Alam, dalam aksi Suku Akhir pertama Malaysia Premier Futsal League di Stadium Tertutup Sukpa pada malam Sabtu.

Ayam tambatan Rangers, Amin Nasrollah sekali lagi menjadi nadi utama pasukan, apabila meledak 2 gol untuk memberi kelebihan kepada tuan rumah sehingga rehat.

Shah Alam City cuba merencana serangan bermula separuh masa kedua, mereka melancarkan serangan bertubi-tubi melalui Pereira Rodrigues dan Zainal Abidin, namun seringkali digagalkan oleh kecemerlangan penjaga gol Rangers, Zainulzahin.

Kapten Rangers, Akmarulnizam secara tiba-tiba berjaya menjaringkan gol ke-3 Rangers, sebelum satu gol Jamur de Sousa dan 2 gol Farhan membolehkan Rangers selesa membawa bekal 6 gol ke Shah Alam

Namun begitu, Zainal Abidin berjaya mencuri 1 gol buat pelawat.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam Suku Akhir Kedua di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam pada 15 Julai nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: