Bakal lawan bagi Pahang Rangers bagi perlawanan suku akhir Liga Premier Futsal Malaysia 2023 akhirnya terjawab setelah tamat kesemua perlawanan liga bagi kedua-dua kumpulan pada Ahad.
Shah Alam City yang menduduki tangga keempat kumpulan B telah mengesahkan bakal menjadi lawan buat Pahang Rangers setelah tewas pada perlawanan terakhir manakala Selangor TOT pula menang.
Walaupun kedua-dua pasukan sudah mengesahkan kemaraan ke suku akhir terlebih awal, namun perlawanan terakhir tetap menjadi penentu siapakah yang akan menjadi lawan bagi Pahang Rangers.

Selain Pahang Rangers dan Shah Alam City FC, 6 lag pasukan yang turut layak adalah Pulau Pnang, Terengganu, Sabah, Johor DT, Selangor MAC dan Selangor TOT.
Perlawanan suku akhir akan dijalankan secara timbal balik dengan Pahang Rangers akan menjadi tuan rumah d SUKPA telebih dahulu pada 8 Julai dan kemudiannya perlawanan kedua di Stadium Panasonic Shah Alam pada 15 Julai.
Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 22 & 29 Julai manakala perlawanan akhir juga secara timbal balik akan dijalankan pada 5 & 12 Ogos 2023.
