Jawatankuasa Tatatertib & Disiplin Liga Amatur Pahang (PAL) dalam mesyuarat bil 1/2023 yang dilakukan secara dalam talian pada 20 Jun, yang dipengerusikan oleh Encik Safiuddin Bin Shaifuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib PAL telah membincangkan insiden yang berlaku pada perlawanan Minggu 03 Zon Jengka, Liga Amatur Pahang di antara Enryna Tomyam FC bertemu Jerantut ARFC di Padang FELDA Jengka 17, JENGKA pada 18 Jun 2023.

Mesyuarat turut dihadiri Ketua Pembangunan Pengadil PBNP; Encik Hashim Abd Rahim, Pegawai Teknikal PBNP; Encik Faiq Fadhlullah, Penyelaras Pengadil Liga Jengka; Encik Azraf, Pegawai Liga Zon Jengka; Encik Mohd Zulkefli dan Encik Khairul Azhari.

Mesyuarat telah berbincang secara panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

  1. Pihak kami mendapati bahawa pemain tersebut telah melakukan kesalahan yang berat dan serius dengan menyerang pegawai perlawanan serta mendatangkan kecederaan kepada pemain lain.
  2. Pemain yang terlibat dengan kesalahan adalah seperti berikut:
    • Nama : Mohd Husaini bin Abu Bakar
    • Jersi No : 86
    • Pasukan : Eryna Tomyam FC
  3. Sehubungan dengan itu, dukacitanya dimaklumkan keputusan mesyuarat bagi pemain tersebut adalah seperti berikut :
    • i. Digantung terus dari bermain baki Liga Amatur Pahang bagi Zon Jengka.
    • ii. Denda RM1000.00.
    • iii. Dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bagi hukuman selanjutnya.

Pihak Liga Amatur Pahang berharap agar insiden yang telah berlaku ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pemain supaya menjaga emosi dan sentiasa bersikap kesukanan yang tinggi.


Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: