Berikut adalah previu perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung pada minggu keempat (23 hingga 27 Jun 2023)
Liga Jengka
2 pasukan yang mencatatkan kemenangan 100%, Parot FC dan Jerantut ARFC dijangkan tiada masalah untuk sekali lagi mengutip 3 mata penuh untuk minggu ini.
Pendahulu liga, Parot bakal bertemu pasukan bawahan, Eryna Tomyam yang masih gagal mengutip sebarang mata selepas 2 perlawanan, sekalipun diperkuatkan dengan kehadiran Azammuddin Akil.
Sebelum itu, Jerantut ARFC bakal bertemu Sri Kenanga FC yang baru sahaja dibelasah 0-4 dalam aksi Minggu #3 bertemu Winstep.
Kesemua perlawanan bakal berlangsung di Padang Felda Jengka 17.

Liga Temerloh
Lain pula di Temerloh, 2 pasukan yang masih mencatatkan kemenangan 100%, Vieura Wagga dan FC Jerantut bakal bertemu sesama sendiri di Padang Tanjung Batu.
Pertemuan tumpuan ini dijangka menarik dan sengit dengan Vieura yang masih belum bolos pastinya berhadapan tentangan sengit juara Empire Booster League baru baru ini.
Sementara itu, 2 pasukan tercorot yang masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan, Temerloh Jaya dan Bandar 32 Bera bakal bertemu pada Sabtu petang, di Padang Tanjung Batu.
Kedua-dua pasukan berpeluang untuk mencari 3 mata sulung mereka sekaligus dapat membaiki kedudukan mereka di carta liga.
Manakala di Padang Bangau Tanjung, menyaksikan 2 perlawanan bakal berlangsung pada hari Ahad dengan pasukan ke-4 liga, DACS Temerloh bakal melayan kunjungan Abata, manakala selepas itu Semantan Troopers pula bakal bertemu Lipis Fighter.
Liga Kuantan
Pendahulu liga, Squad Panchung bakal bertemu pasukan yang berpengkalan di Pekan, FC Belacan pada perlawana pertama.
Squad Panchung yang masih segar dengan kemenangan besar 6-2 ke atas GCMA pada minggu lalu, pastinya lawan yang begitu sukar buat FCB yang masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan setakat ini.
Selepas itu, dalam perlawanan berikutnya, pasukan yang menduduki tangga kedua liga, MFT pula bakal bertemu Real Kuantan yang hanya memperolehi 4 mata dalam 3 perlawanan.
Di atas kertas, kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang, dan dijangka satu perlawanan sengit bakal disajikan pada Isnin malam nanti.

Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.
Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2