Berikut adalah rangkuman keputusan untuk minggu kedua (14 hingga 20 Jun 2023)

Liga Kuantan

Dalam perlawanan pertama yang diadakan di Padang Sukan Arena, Squad Pancung Kuantan tidak menghadapi masalah mengalahkan pasukan yang menghuni tangga tercorot liga ketika ini, GCMA apabila menang dengan keputusan 6-2.

Dalam perlawanan ini, penyerang Squad Pancung Kuantan yang berumur 19 tahun Mohamad Amir Eimran Mohd Yusni menjaringkan 4 gol manakala 2 lagi gol masng-masing disumbangkan oleh Surakubo Tatsuki dan Hafis Abdul Rahim.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Real Kuantan FC menerima tentangan sengit dari FC Belacan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa penuh perlawanan.

Real Kuantan FC terlebih dahulu mendahului hasil jaringan Amirul Irfan sebelum Syawal Rosli menjaringkan gol pernyamaan selang 5 minit kemudian untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Keputusan ini menyaksikan Skuad Pancung Kuantan menjadi pendahulu yang baru mengatasi MFT yang tidak beraksi pada minggu ini.

Liga Temerloh

Liga Temerloh semakin rancak apabila 2 pasukan yang menghuni dua tangga teratas iaitu Vieura Wagga FC dan DACS Temerloh bertemu di Padang Tangga Batu dalam perlawanan pembukaan minggu ke-2

Walaupun memberi tentangan sengit, Vieura Wagga FC terus unggul untuk membenam cabaran DACS Temerloh apabila menang dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Daniel Syafiq dan Afiq Shaari.

FC Jerantut FC pula menghadapi perlawnaan kedua mereka dengan kali ini menentang pasukan di tangga tercorot liga FC Temerloh Jaya.

FC Temerloh Jaya melakukan kejutan apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 13 melalui Syazwan Johari namun FC Jerantut membalas dengan gol pernyamaan oleh Asyraff Syarqawi sebelum perlawanan berhenti rehat.

Bersambung di babak kedua, Firdaus Asri menambah dua gol pada minit ke 61 dan 80+4 untuk FC Jerantut pulang dengan 3 mata untuk mengekori rapat Vieura Wagga di takhta liga.

Satu lagi pasukan yang dilihat pencabar, Semantan Troopers FC pula kembali menemui rentak kemenangan setelah tewas pada perlawanan sebelum apabila menang ke atas Abata FC dengan keputusan 2-0.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal mencari sebarang gol pada separuh masa pertama namun Semantan Troopers FC berjaya menemui jaringan apabila permainan bersambung di babak kedua menerusi Amrul Safri dan Nazarul Amir Idham.

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan Bandar 32 Bera akhirnya menemui mata pertama mereka apabila berjaya mengikat Lipis Fighter FC dengan keputusan 2-2.

Bagi Lipis Fighter ini adalah keputusan seri kedua mereka setelah sebelum ini mereka juga diikat oleh pasukan Abata FC untuk mereka mengumpul 2 mata keseluruhan.

Liga Jengka

Dua pasukan, Jerantut ARFC dan Jengka City FC mengambil kesempatan keatas ketiadaan perlawanan buat pendahulu liga Parot FC untuk terus mencabar kejuaraan liga apabila masing-masing menang untuk mengutip 3 mata penuh pada minggu ketiga Liga Jengka.

Jengka City FC dijangka tidak menghadapi masalah besar apabila turun menentang pasukan ‘muda’ Real Anak Bilis yang ketika ini menghuni kedudukan terbawah liga.

Namun, tekaan tu meleset apabila Real Anak Bilis memberi tentangan yang hebat sebelum akur dengan kekalahan 2-3 dengan Faiz Ikhwan mencuri perhatian apabila menjaringkan dua gol.

Bagi Jerantut ARFC pula, kemenangan kedua mereka dalam liga kali ini keatas Eryna Tomyam membolehkan mereka kekal di tangga kedua dibawah Parot FC.

Dalam perlawanan panas sehingga melibatkan dua kad merah, Jerantut FC menang 2-0 hasil jaringan Shafie Zahari dan Izuan Shah.

Berlainan dengan Winstep FC apabila mudah membenam cabaran Sri Kenanga FC yang beraksi dengan 10 orang pemain apabila menang dengan keputusan 4-0.

Sama seperti Jerantut ARFC, kedudukan Winstep FC juga tidak berubah di tangga ke 4 dengan mengumpul 6 mata.


Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: