Berikut adalah previu perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ketiga (14 hingga 20 Jun 2023)

Liga Jengka

Terdapat 3 perlawanan pada minggu ini untuk Liga Jengka.

Pasukan tercorot liga ketika ini, Real Anak Bilis akan melayan kunjungan Jengka City FC pada perlawanan pembukaan mingguan yang akan berlangsung pada hari Jumaat jam 4.45 petang.

Pasukan bimbingan Cikgu Faizal Talib itu pasti mahu memburu kemenangan sulung bagi menaikkan moral para pemainnya yang rata-rata masih muda di bawah 18 tahun.

Perlawanan kedua bagi Lga Jengka adalah antara Sri Kenangan FC dan juga Winstep FC yang mana ini adalah perlawanan ketiga bagi kedua-dua pasukan.

Menariknya mata bagi kedua-dua pasukan adalah sama iaiatu 3 mata setelah mereka mencatat satu kemenangan dan satu seri pada perlawanan sebelum ini.

Perlawanan terakhir bagi Liga Jengka adalah pada hari Ahad dimana Eryna Tomyam FC dan Jerantut ARFC akan bertemu pada jam 4.45 petang.

Eryna Tomyam FC yang merekrut Azamuddin Akil sebagai pemainnya tewas pada perlawanan pertama pasti mahu menjadikan Jerantut APRFC sebagai mangsa pertamanya,

Bagi pasukan Jerantut ARFC pula, buruan kemenangan adalah keutamaan bagi menyaingi takhta liga setelah pendahului pada ketika ini, Parot FC tidak bermain.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Padang Awam Jengka 17, Jengka.

Liga Temerloh

Perlawanan di Liga Temerloh pada minggu ini pasti menarik apabila terdapat perlawanan tumpuan yang akan berlangsung pada Sabtu.

Pendahulu liga pada ketika ini, Vieura Wagga FC akan menanti pasukan di tangga kedua liga DACS Temerloh FC dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Padang Kg Tanjung Batu.

Kedua-dua pasukan yang menang pada dua perlawanan terdahulu pasti mahu mengukuhkan kedudukan di carta liga dengan memburu kemenangan ketiga.

Pada hari Ahad, terdapat 3 perlawanan yang akan berlangsung dengan dimulakan oleh FC Jerantut dan FC Temerloh Jaya yang akan diadakan di Padang Kg Bangau Tanjung pada jam 3 petang.

Jerantut FC yang masih segar dengan kejuaraan Empire Booster League pada minggu lalu pasti mahukan kemenangan ketika menentang pasukan di tangga terbawah liga bagi menyaingi dua lagi pasukan di tangga teratas.

Sejurus tamat perlawanan, satu lagi perlawanan diadakan di Padang Kg Bangau Tanjung iaitu antara pasukan Bandar 32 Bera FC menentang Lipis Fighter.

Manakala Padang Kg Tanjung Batu akan berlangsung perlawanan pasukan pertengahan liga iaitu Abata FC menentang Semantan Troopers FC.

Liga Kuantan

Liga Kuantan akan bermula pada hari Ahad di mana pasukan yang masih mencari kemenangan setelah tewas dalam dua perlawanan terdahulu, GCMA akan menentang pasukan yang tidak bermain pada minggu kedua Squad Pancung Kuantan.

Real Kuantan FC yang segar dengan kemenangan pertama mereka minggu lepas pasti mahukan mengekalkan rentak tersebut apabila melayan kunjungan FC Belacan di Padang KSC, Kuantan.

Ini adalah perlawanan kedua bagi FC Belacan setelah tidak beraksi pada minggu pertama dan tewas tipis 0-1 ke atas pendahulu liga MFT pada minggu kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: