Berikut adalah rangkuman keputusan untuk minggu kedua (8 hingga 13 Jun 2023)

Liga Kuantan

Dua perlawanan telah berlangsung pada minggu kedua untuk Liga Kuantan yang djalankan pada hari Isnin, 12 Jun 2023 di Padang KSC, Kuantan

Perlawanan pertama pada jam 8 malam menyaksikan Real Kuantan FC menentang pasukan kendalian Abdulhafees, GCMA FC.

Kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan pertama masing-masing dan kali ini Real Kuantan FC lebih unggul untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0.

Gol untuk Real Kuantan FC dijaringkan oleh Razib Ismail dan Wan Izzryn.

Sejurus selepas itu, perlawanan kedua berlangsung menyaksikan MFT sebagai tuan rumah menentang FC Belacan.

MFT ternyata lebih unggul sebagai pemenang apabila menewaskan FC Belacan dengan keputusan 1-0 dan gol tunggal MFT dijaringkan oleh Azrul Anis.

Ini kemenangan kedua buat MFT yang sebelum ini menewaskan GCMA FC pada perlawanan pertama mereka dan ini meletakkan mereka sebagai pendahulu liga dengan 6 mata.

Liga Temerloh

Bagi Liga Temerloh terdapat 4 perlawanan berlangsung di dua venue yang berlainan iaitu di Padang Bangau Tanjung dan di Padang Tanjung Batu.

Dua pasukan iaitu Vieura Wagga FC dan DACS Temerloh FC terus unggul apabila mencatatkan kemenangan kedua mereka setelah menewaskan lawan masing-masing dengan keputusan yang 1-0.

Vieura Wagga FC menang dengan Semantan Troopers hasil jaringan Helimi Ikmal Zamri manakala DACS Temerloh FC menang hasil jaringan tunggal Idham Irfan.

Perlawanan lain menyaksikan FC Jerantut mencatat kemenangan bergaya di perlawanan sulung mereka dengan menewaskan Bandar 32 Bera FC dengan keputusan 2-0.

Manakala satu lagi perlawanan menyaksikan aksi ‘comeback‘ Lipis Fighter dari ketinggalan 0-3 pada satu masa untuk mengikat Abata FC dengan keputusan 3-3.

Liga Jengka

Tiga perlawanan berlangsung untuk Liga Jengka dengan Parot FC masih kekal di persada liga setelah mencatat kemenangan kedua kali ini menjadikan Real Anak Bilis sebagai mangsa seterusnya apabila menang dengan keputusan 4-0.

Winstep FC pula mencatat kemenangan pertama dalam satu perlawanan yang sengit berbalas gol dengan menewaskan Eryna Tomyam FC 3-2 setelah Mohamad Afandie menjaringkan gol kemenangan Winstep FC pada minit ke 52.

Dalam perlawanan terakhir, Jengka City FC menebus kekalahan mereka pada perlawanan pertama apabila membelasah Sri Kenangan FC 6-1 d Padang FELDA Jengka 17.

Gol-gol Jengka City FC dijaringkan oleh Saifulizam Rabuan, Ariff Kamal, Marzuan Yusof, Syafiq Mazlan, Hafizi Razak dan Aiman Zul Azwan manakal gol saguhati Sri Kenangan FC dijaringkan oleh Jazwan Jap’pari.


Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga Amatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: