Liga M5 Pahang Amateur League (PAL) yang telah membuka tirai pada minggu lalu dengan 16 daripada 20 pasukan telah beraksi dalam perlawanan sulung mereka di 3 lokasi berbeza, iaitu Kuantan, Jengka dan Temerloh.

Bukan sahaja pemain amatur, saingan kali ini menyaksikan juga beberapa bekas pemain professional yang masih menabur bakti kepada pasukan-pasukan tempatan selagi kudratnya ditagih.

Berikut adalah 5 bekas pemain Liga Super Pahang yang masih ditagih khidmatnya dalam Liga Matur Pahang pada tahun ini.

1. Shah Amirul Zamri – FC Temerloh Jaya

Shah Amirul ketika mewakili Pahang FC pada tahun 2016

Shah Amirul yang baru berusia 25 tahun, merupakan salah seorang pemain skuad DNA Pahang 2016 di bawah bimbingan Ahmad Shaharuddin Rosdi ketika itu.

Beliau yang ketika itu dicanangkan menjadi antara prospek masa hadapan bagi Sri Pahang menjadi perhatian apabila membentuk gandingan bersama dengan Azam Azih di bahagian tengah.

Ketika mewakili Pahang, Shah Amirul beberapa kali dipanggil mewakili pasukan B19 negara ke saingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Jiangsu, China dari 2 hingga 6 Oktober 2016 kendalian Hassan Sazali Waras.

Entah apa yang berlaku, karier pemain muda ini tiba-tiba merundum dan kemudiannya hilang dari radar liga profesional negara.

Kini mewakili FC Temerloh Jaya iaitu bandar kelahiran Shah Amirul telah meledak 1 gol dalam aksi sulung pasukannya yang tewas 1-4 di tangan Semantan Troopers FC.

2. Shafie Zahari – Jerantut ARFC

Shafie ketika meraikan jaringan golnya bersama Shahzan Muda

Bekas penyerang simpanan skuad Pahang selama beberapa musim, Shafie Zahari memperkuatkan pasukan Jerantut ARFC di Liga Jengka.

Karier Shafie di Pahang bermula pada tahun 2011 namun kecederaan berulang yang dialaminya membantut karier beliau untuk berkembang.

Pada tahun 2017, Shafie ‘diturunkan’ pangkat ke Kelab Shahzan Muda di Liga FAM dan berada di kelab itu sehingga tahun 2019.

Shafie yang kini mewakili Jerantut APRC di Liga Jengka telah meledak 1 gol dalam kemenangan 2-1 ketika aksi pembukaan pasukannya bertemu Jengka City.

3. Wafieyudin Samsudin – MFT

Bermula di era profesional dengan Kelab Shahzan Muda, Wafieyuddin berjaya mengisi slot penjaga gol Liga Super Pahang pada tahun 2018.

Namun, dek kerana ketika itu Pahang mempunyai dua penjaga gol berpengalaman iaitu Helmi Eliza Elias dan Remezey Che Ros, peluang beliau untuk tembus sebagai penjaga gol utama agak sukar.

Wafieyuddin bersama Pahang pada tahun 2018

Pencapaian terbaik beliau adalah berjaya membantu Shahzan Muda untuk layak sehingga ke peringkat separuh akhir Piala FAM 2017.

Untuk Liga Amatur Pahang 2023, Wafiey menwakili pasukan MFT yang berpengkalan di Kuantan.

4. R Surendren – Bandar 32 Bera FC

Anak kelahiran Triang, Bera ini berjaya masuk ke dalam skuad Liga Super pada tahun 2009 pada umur 19 tahun dan bagi mengisi kuota bawah 21 yang menjadi salah satu peraturan dalam liga pada musim itu.

Beliau merupakan penyerang pada awal kariernya namun ditukar ke posisi sayap oleh Dollah Salleh ketika beraksi dengan pasukan Liga Super Pahang.

Momen paling diingati bagi pemain ini ialah pada tahun 2013 apabila menjaringkan gol kemenangan Pahang ketika menewaskan JDT dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2013.

Pada ketika itu, JDT baru sahaja membentuk pasukan dengan merekrut beberapa pemain ternama dalam negara dan Pahang pula baru sahaja dinaikkan ke Liga Super setelah semusim beraksi di Liga Perdana pada tahun sebelumnya.

Selepas 8 tahun menabur bakti di Pahang, Surendren berkelana ke pasukan lain seperti Melaka United, PKNS FC dan juga PDRM sebelum ‘bersara’ di peringkat tertinggi pada tahun 2020.

Kini berusia 36 tahun, Surendren akan beraksi bersama kebal Bandar 32 Bera FC yang akan menyertai Liga Temerloh.

5. Azamuddin Akil – Eryna Tomyam FC

Siapa peminat bolasepak Pahang tidak mengenali susuk tubuh anak kelahiran Kuala Lipis Pahang ini.

Beliau antara pemain yang ‘lulus’ dengan cemerlang sebagai pemakai jersi lagenda No 12 Pahang yang merupakan wira skuad Juara Piala Malaysia 2013 & 2014, Piala FA 2014 dan Piala Sumbangsih 2014, Azammuddin Md Akil, atau lebih popular dengan nama Alex akan beraksi bersama pasukan Eryna Tomyam FC di Liga Jengka.

Mewakili Shahzan Muda di awal karier, Alex kemudian menyertai UPB-MyTeam di Liga Perdana sehngga tahun 2010 dan kemudian menyertai Pahang pada tahun 2011.

Beliau menjadi tulang belakang pasukan yang beraksi di Liga Perdana pada tahun 2012 sehingga kembali layak ke Liga Super pada 2013.

Sejak itu kariernya terus berkembang sehingga beberapa kali dipanggil untuk mewakili Harimau Malaya sehingga berjaya mengumpul 38 caps antarabangsa dengan 5 gol.

Selepas Pahang, beliau menyertai Johor DT pada tahun 2016 dan kemudiannya Selangor (2018) dan Kedah (2019 sehingga 2022).

Dengan kehadiran beberapa bekas pemain profesional ini, diharap ia mampu memeriahkan lagi warna warni Liga M5 PAL ini, selain turut boleh menjadi ilham dan dorongan buat pemain amatur ini yang mahu memasang impian untuk beraksi dalam liga yang lebih tinggi.

Tokgajah.com merupakan rakan media rasmi Liga AMatur Pahang untuk musim 2023.

Dapatkan sebarang berita dan info pertandingan mengenai Liga Amatur Pahang di laman sesawang kami www.tokgajah.com/v2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: