Ketua Jurulatih YPM FC, Syed Farul Hakim bin Syed Mahmud mahu anak buahnya tidak terus leka walaupun berjaya memenangi perlawanan pertama mereka pada Sabtu.
Kemenangan sulung dalam saingan Al Iksan Cup 2023 dengan keputusan 2-1 itu diraih dalam pertemuan derbi Kuantan menentang Naib Juara Liga Amatur Kuantan tahun lalu CF Kuantan City FC.
Beliau yang kagum dengan semangat tidak putus asa pemainnya yang terus memburu kemenangan meskipun ketinggalan dengan satu jaringan pada sebahagian masa perlawanan.
Perubahan taktikal yang dilakukan oleh YPM FC pada 25 minit terakhir permainan juga memainkan faktor penting untuk mereka berjaya menjaringkan dua gol untuk menewaskan CF Kuantan City.
Saya kagum dengan semangat berpasukan dan tidak mudah mengalah walaupun ketinggalan dengan satu gol.
Mereka tidak putus asa dan terus berusaha untuk mencari gol.
Percaturan saya dengan mengubah taktikal dalam 25 minit terakhit juga berhasil.
Itu memang antara faktor utama kemenangan YPM Sabtu lalu.

Beliau mahu rentak kemenangan diteruskan ketika melayan kunjungan WTS FC di Sekolah Sukan Malaysia Pahang pada petang ini sudah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.
Baginya perlawanan kedua ini pasti satu tugas yang sukar kerana ini adalah kali pertama mereka bertemu dan corak permainan pasukan lawan masih lagi misteri.
Persediaan pasukan seperti biasa dan kita lihat masih ada beberapa kesilapan-kesilapan yg perlu kita baiki dari perlawanan pertama dengan CF Kuantan City FC.
Kelemahan ini telah kita baiki semasa sesi latihan dan bertemu WTS adalah sukar keranakita tidak tahu corak permainan mereka.
Petang ini, YPM FC akan melayan kunjungan pasukan yang berpengkalan dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam saingan AL-Ikhsan Cup 2023 di Padang Sekolah Sukan Malaysia Pahang di Gambang.
Perlawanan akan bermula jam 4.45 petang
