Tiada satu pun pemain Sri Pahang FC yang menjadi pilihan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dalam senarai panggilan terbaru pasukan negara yang diumumkan dalam media sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) petang tadi.

Senarai 27 orang pemain yang dikeluarkan tengahari Rabu menyaksikan pemain dari JDT menguasai peratusan yang dipanggil dengan beberapa muka baru juga mendapat perhatian.

Safawi Rasid mengetuai senarai pemain yang dipanggil semula oleh Pan Gon selain termasuk dalam senarai ialah Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani.

Hanya pemain Selangor FC, Muhamad Syahir Bashah menjadi satu-satunya pemain yang pertama kali dipanggil manakala Nooa Laine pula satu-satunya pemain yang berkelana di luar negara termasuk dalam senarai.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang kini beraksi dengan di Thailand tidak disenaraikan kerana bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Dalam senarai simpanan, 3 pemain Sri Pahang FC dilihat dalam senarai iaitu Norazam Azih, Baqiuddin Shamsuddin dan juga Mohd Azwan Aripin.

Azam yang baru sahaja kembali dari kecederaan dilihat masih perlu mencari kecergasannya kembali setelah terlepas beberapa perlawanan Liga Super sebelum ini.

Bagi Baqiuddin pula, ini adalah kali kedua beliau diletakkan dalam senarai simpanan manakala Azwan Aripin pula ini adalah senarai simpanan pertama beliau sepanjang kariernya bersama Sri Pahang.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang buat pertama kalinyanya akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai salah satu persediaan menghadapi Piala Asian yang akan djalankan pada Januari tahun depan.

Malaysia akan menentang Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun 2023 dan seterusnya akan menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua pada Selasa, 20 Jun 2023 dengan kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada jam 9.00 malam.

Sumber : FB FAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: