Pemain import Pahang Rangers, Matheus Gonzalez baru sahaja mengumumkan secara rasmi bakal meninggalkan pasukan selepas aksi terakhir menewaskan KPT-Mustang pada Sabtu baru-baru ini.
Matheus telah meledak 5 gol dalam 11 perlawanan kompetitif bersama Rangers, iaitu dalam aksi MPFL dan juga Piala Kelab AFF pada musim ini.
Pemergian beliau bakal diganti dengan seorang lagi pemain ‘ala’ Brazil, iaitu Jamur de Sousa, yang kini beraksi untuk Levante, dalam Divisyen utama Liga Futsal Sepanyol.
Beliau telah meledak 6 gol dalam 14 perlawanan sepanjang musim 2022/2023.
Jamur yang kini sudah berusia 32 tahun, juga pernah beraksi bersama Zaragoza, berkelana ke Asia, iaitu ke China dan Kuwait, serta beberapa kelab futsal sekitar Brazil.
Berdasarkan pengalaman luas Jamur ini diharap mampu memperkukuhkan jentera serangan Rangers serta mampu meraih kejuaraan domestik yang pertama musim ini.