Setelah mencatat keputusan seri di Bayan Lepas menentang Pulau Pinang semalam, skuad Pahang Rangers kini berada di Korat, Thailand untuk membawa kibaran negara dalam Kejohanan Kejuaraan AFF 2023.
Tiba di bumi Korat pagi tadi setelah penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pahang Rangers tidak menunggu lama untuk menguji gelanggang yang bakal menjadi venue perlawanan di Terminal 21.
Terminal 21 merupakan sebuah pusat membeli-belah yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah sebuah dewan serbaguna yang menempatkan gelanggang futsal ini.

Kejohanan serupa menjadikan Terminal 21 d Korat ni sebagai gelanggang sejak 2019 dengan Pahang Rangers sendiri pernah beraksi di sini pada tahun 2021 dan menamatkan pertandingan di tangga ke 4.
Untuk edisi tahun 2023 kali ini, skuad bimbingan Gerard Casas diletakkan dalam Kumpulan A bersama kelab dari tuan rumah Thailand, Hongyen Thakam Futsal Club serta dari negara Myanmar, VUC Futsal Club.
Pahang Rangers akan memulakan tirai perlawanan mereka menentang Hongyen Thakam terlebih dahulu pada 2 Mei, jam 5 petang waktu tempatan sebelum menentang VUC pada keesokan harinya pada jam yang sama.

Bagi peminat-peminat di Malaysia tiada siaran langsung diumumkan setakat ini di stesen tv tempatan namun begitu menurut sebuah laman FB Thailand iaitu Futsal Thailand, siaran langsung boleh dikuti di Laman FB mereka.
Sebagai rekod, untuk edisi 2022 pasukan dari Indonesia Bintang Timur Surabaya muncul sebagai juara bagi kejohanan ini menewaskan Hongyen Thakam dalam perlawanan akhir dengan keputusan 4-2.