Malaysia Football League (MFL) mengumumkan meminda dua perlawanan ke-10 Liga Super yang mana salah satunya melibatkan pertemuan dua pasukan dari pantai timur iaitu Sri Pahang FC dan Terengganu FC.
Mengumumkan di media sosial mereka, MFL mengumumkan meminda perlawanan di antara Terengganu FC menentang Sri Pahang FC yang pada mulanya dijadualkan pada hari Rabu, 26 April kepada hari Jumaat, 28 April.
Walaubagaimanapun, venue perlawanan serta sepak mula bagi perlawanan tersebut tetap kekal di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus bermula 9.00 malam.
Menurut MFL, pindaan ini adalah dipersetujui oleh kesemua kelab yang terlibat dan panggilan skuad bawah 23 tahun ke Sukan SEA Kemboja serta keperluan produksi dan penyiaran menjadi penyebab pindaan ini dibuat.
Setelah tamat 9 perlawanan, Sri Pahang kini menduduki tangga ke 3 Liga Super dengan mengumpul 19 mata manakala bagi Terengganu FC berada di kedudukan ke 6 dengan 13 mata.