Gol tunggal Azam Azih pada minit ke-57 sudah cukup untuk menghadiahkan 3 mata buat Sri Pahang, seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah liga dan kekal berada di tangga tiga teratas liga. Fandi Ahmad mengekalkan hampir kesemua pemain dalam kesebelasan utama ketika dibelasah Selangor 4-0 di MBPJ tempoh hari, sekadar menukarkan Nick Swirad dengan Zuhair Aizat, menjadikan taktikal dimulai dengan 3-4-3.

Walau bagaimanapun, permainan Sri Pahang tidaklah seperti diharapkan, bergelut untuk mengekalkan bola dalam penguasaan, tidak melakukan banyak percubaan, malah langsung tidak kreatif ketika menukar transisi ke mod menyerang.

Sesekali Kuching City turut menghadirkan kegusaran, dengan beberapa percubaan ke arah gol Izham Tarmizi.

Gol Pahang hadir selepas Azam Azih menerima hantaran daripada Zuhair Aizat, dan beliau berjaya menewaskan Norazlan Razali menerusi rembatan leret daripada luar kotak penalti.

Selepas gol berkenaan, Sri Pahang kekal bertahan, dan Kuching City terus buntu dalam menghasilkan gol.

Liga bakal berehat seketika untuk Aidilfitri, sebelum bersambung pada 26 April, Sri Pahang bakal sekali lagi berkelana ke gelanggang lawan, kali ini bertemu Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: