Jaringan minit akhir Stefano Brundo menggembirakan Sri Pahang apabila 3 mata penuh berjaya dikutip di laman sendiri ketika menentang pasukan tangga tercorot liga di Stadium Darul Makmur sebetar tadi.

Penjaga Gol Sri Pahang, Izham Tarmizi kembali mengisi kesebelasan utama kali ini setelah tempat beliau diisi Zharif ketika menentang PDRM.

Manakala di posisi yang lain kesebelasan utama yang menang ketika menentang PDRM di Kelana Jaya dikekalkan oleh Ketua Jurulatih Fandi Ahmad.

Sri Pahang dilihat gagal mencari rentak pada separuh masa pertama apabila tiada serangan merbahaya yang berjaya dilakukan walaupun bahagian serangan di barisi dua pemain import Kpah Sherman dan Lucas Silva.

Sebaliknya, pasukan pelawat lebih memberi tekanan dan menguasai perlawanan sehingga berjaya mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Tiada jaringan dari kedua-dua pasukan sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bersambung di babak kedua, Sri Pahang lebih memperkemaskan permainan dan lebih banyak menguasai permainan.

Fandi Ahmad melakukan beberapa pertukaran untuk mencari gol pendahuluan buat Sri Pahang namun tidak berjaya.

Sehinggalah di minit ke 94, Norazam Azih melakukan satu umpanan yang cantik untuk ditanduk Stefano ke penjuru kiri gol menewaskan Ilham Amirullah yang beraksi cemerlang malam ini.

Kemenangan ini melonjak Sri Pahang ke kedudukan ke 3 Liga Super memintas Kedah yang tewas di tangan JDT pada Ahad.

Lebih manis, kemenangan ini melebarkan rekod tanpa kalah Sri Pahang pada musim ini kepada 9 perlawanan dan menjadi antara dua pasukan yang masih kekal tidak kalah dalam semua perlawanan.

Foto : MFL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *