Selepas Mamadou Samassa tidak disambung kontrak, Sri Pahang meminjam khidmat Izham Tarmizi daripada JDT. Izham berpengalaman luas, baik di peringkat domestik, Asia, mahupun antarabangsa. Zarif Irfan dan Wan Syazmin masih kekal, menjadikan musim 2023 tanpa kelibat anak Pahang untuk menjaga gawang.

Izham Tarmizi. Foto : FB Sri Pahang

Ternyata Izham Tarmizi menjadi pilihan utama Fandi Ahmad, baik dalam perlawanan pra-musim, dan perlawanan sulung Liga Super. Keadaan fizikal Izham ketika musim bermula tidaklah begitu memuaskan, makin ‘berisi’, ditambah pula ketinggian beliau tidak begitu ideal sebagai seorang penjaga gol. Namun begitu, ‘positioning’, ‘commanding’, dan reflex beliau agak baik, cuma keadaan fizikal membataskan untuk Izham ‘terbang’ lebih sempurna.

Dalam perlawanan sulung, seperti dijangka Izham menjadi pemain utama dan hanya 22 minit diperlukan Casagrande untuk membolosi gawang Izham. Izham mengalami kecederaan dan digantikan dengan Zarif Irfan. Zarif mengambil peluang ini dengan membuktikan beliau masih layak menjadi pilihan utama. Prestasi terbaik Zarif pastinya ketika bertemu Selangor, dengan melakukan beberapa aksi klinikal save yang sangat cemerlang. Keadaan fizikal Zarif juga semakin baik menampakkan beliau lebih ringan ketika di udara.

Zarif Irfan vs Selangor. Foto : FB Sri Pahang

Zarif dan Izham berkongsi minit permainan yang sama di Liga Super, iaitu 225 minit, yang menyaksikan Zarif telah melakukan 8 halangan percubaan, manakala Izham 6. Izham bermain lebih 90 minit untuk keseluruhan musim ini apabila disenaraikan dalam perlawanan Piala FA bertemu Perak di Ipoh. 5 bolos telah direkodkan oleh Sri Pahang dalam kesemua kejohanan musim ini, 3 daripadanya oleh Izham, manakala Zarif bolos 2.

Kesimpulannya, Sri Pahang agak bertuah setakat ini, kedua-dua penjaga gol beraksi agak baik dan bersedia untuk dijadikan pilihan utama. Walau bagaimana pun, Izham perlu menambah baik dari segi ‘decision making’ yang agak terbatas disebabkan fizikalnya terutama ketika memotong hantaran lintang. Manakala Zarif meninggalkan kesan yang agak baik terutama aksi beliau ketika bertemu Selangor di gelanggang lawan, namun masih perlu pendedahan minit permainan lagi untuk mematangkan permainan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: