Saingan Liga Super berehat selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada minggu kalendar antarabangsa FIFA.
Prestasi semasa yang agak baik buat Sri Pahang membolehkan beberapa pemain dipanggil untuk tugas antarabangsa, antaranya Malaysia-Azam Azih, Sergio Aguero dan Baqiuddin Shamsuddin (simpanan), dan Filipina-Kevin Ingreso.
Azam Azih yang sudah memiliki 21 kaps kebangsaan, kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan selepas terlepas aksi saingan Piala AFF hujung tahun lalu akibat kecederaan, manakala Baqiuddin tersenarai buat pertama kalinya tersenarai, walaupun hanya dalam senarai menunggu.
Sergio Aguero turut senarai dalam barisan menunggu, selepas agak cemerlang sebagai ‘mesin’ dalam aksi Piala AFF tahun lalu.
Skuad negara bakal berhadapan Turkmenistan (Khamis) dan Hong Kong (Selasa) dalam 2 aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bharu.
Kevin Ingreso yang sudah memiliki 36 kaps kebangsaan, kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Filipina selepas setahun tidak terpilih.
Filipina bakal bertemu Kuwait dan Jordan dalam 2 aksi persahabatan di Timur Tengah.
Semoga berjaya buat pemain Sri Pahang dalam tugas antarabangsa.