Aksi yang berbeza ditampilkan oleh Sri Pahang FC untuk tiada masalah menewaskan Perak FC 3 gol tanpa balas dalam aksi kelima Liga Super di Ipoh sebentar tadi.
Sergio Aguero kembali mengisi kesebelasan utama setelah sebelum ini hanya diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Sabah FC di Kuantan pada Ahad.
Selain itu, Glassock kali ini menjadi pilihan Fandi untuk bergandingan dengan Fadhli Shas di posisi pertahanan sekaligus menolak Bruno bermain di tengah bersama Kevin dan Azam.
Sri Pahang yang dilihat lebih agresif menyerang berbanding Perak FC kerana anak-anak buah Fandi mahukan kemenangan kedua sebelum liga berehat panjang.

Hasilnya, satu gerakan balas bermula dari Izham Tarmizi yang kemudiannya berakhir kepada Kpah Sherman telah menghasilkan gol pertama Sri Pahang FC pada minit ke 14.
Walaupun mendahului satu gol, Sri Pahang FC tidak mengendurkan asakan dan berjaya menghasilkan beberapa peluang melalui Kpah, Aguero dan juga Baqiuddin.
Usaha mereka berbalas apabila Brundo menjaringkan gol pada minit ke 37 setelah menyambar hantaran Kpah yang sebelum itu berjaya menewaskan penjaga gol Perak FC terlebih dahulu.
Perak FC bagaimanapun terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke 39 apabila Nasrol Amri dilayangkan kad merah kerana mengasari Sergio Aguero.
Bersambung babak kedua, Perak FC tidak berputus asa untuk mengimbangi permainan tetapi kekentalan pertahanan Sri Pahang FC yang diketuai Fadhli Shah menidakkan jaringan gol dilakukan.

Sebaliknya pemain gantian, Zuhair Aizat menambah gol ketiga Sri Pahang di minit ke 74 dalam satu gerakan cantik yang dimulakan oleh Baquddin dan Azam Azih.
Kemenangan ini meletakkan Sri Pahang ke tangga ke 4 dengan 9 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah manakala Perak FC ke tangga ke 7 dengan 5 mata.